Luka Yang Paling Dalam


Luka Yang Paling Dalam

 

Google Image

 

 

AZIRA Sofiya – Hidupnya terlalu sukar ditafsir. Bila sedih, dia menyendiri dan pasif. Bila gembira, dia sendiri akan sebarkan aura kebahagiaan itu pada alam sekeliling. Begitulah Azira. Seorang wanita yang tidak mudah mempamerkan segala kedukaan yang tersimpan dalam hatinya. Wanita berusia dua puluh enam tahun itu terlalu memendam perasaan dan kuat berahsia. Setiap masalah yang dihadapi sebolehnya dibawa ke tepi supaya tiada seorang pun mengetahui. Raut wajah Pan Asian itu akan tetap tersenyum supaya dapat menutupi apa yang sedang bersarang dalam benaknya.

 

Enam tahun sebelumnya…

Perubahan Azira sebelum mengenal cinta. Seorang yang aktif, ceria, periang dan ramah orangnya sejak dari zaman persekolahan sehinggalah ke universiti. Azira mulai memendam rasa, berdiam serta bersendirian selepas hujung bulan November 2015 iaitu era baru dunia pekerjaan. Bermula dengan Fikri Ibrahim, seorang penyelia di salah sebuah restoran Kota Damansara itu yang hanya berpura-pura menyukainya. Alasan tidak masuk akal yang diberi adalah dia bosan dan perlukan seseorang untuk menjadi teman bicara. Rahsia terbongkar apabila satu pengurusan mendapat undangan majlis perkahwinan lelaki tersebut. Mujurlah, Azira tidak sempat memberikan apa-apa harapan kerana firasat hatinya meragui si mulut manis itu. Gerak hati sendiri selalunya tepat ditambah pula bila kita yakin pada Tuhan.

 

Enam tahun kemudian…

Azira jatuh sakit yang agak lama sehingga terpaksa berhenti kerja. Demi Allah, terlalu berat dugaanMu ini. Dirinya sakit terlantar sebulan di rumah sahaja. Dan saat itulah tercetusnya idea membuka laman blog sebagai tempat memotivasikan dirinya. Dari situlah dia menjadikan blog sebagai sahabat sejatinya selain Nadzirah.

Perjalanan hidup yang penuh onak duri menjadikan wanita itu semakin matang dan berdikari. Sukar bagi Azira untuk meluahkan apa yang dirasai kecuali hanya kepada Nadzirah, sahabat baik yang sudah dianggap seperti saudara sendiri. Walaupun Nadzirah setahun lebih muda darinya, namun dialah teman yang memahami dan penasihat terbaik buat Azira ketika diri sedang jatuh.

Azira merupakan seorang perunding kewangan di salah sebuah institiusi kewangan berlesen di ibu kota. Dia yang menggunakan gelaran Aira Fieya (AF) di blognya hanya gemar menulis entri yang berkaitan perihal kehidupan remaja  berdasarkan daripada perjalanan dan pengalaman sendiri. Entri popular Azira yang pernah mendapat rating pembaca onlinenya adalah Bercinta di Usia Muda, Januari 2016 dan Perlukah Bersedia Fizikal dan Mental Sebelum Melangkah Ke Fasa Perkahwinan, April 2016.

Dalam entri tersebut, Azira mengangkat maruah wanita lebih tinggi kerana berdasarkan pengalaman diri sendiri menyaksikan rakan seuniversiti juga teman serumah yang bergaduh teruk dengan tunangnya atas sebab yang tidak masuk akal iaitu keluar malam sahaja. Walhal, dia hanya keluar bersama rakan serumah semata-mata ingin menonton wayang. Bukan dating bagai. Dengan sedikit penceritaan dan motivasi, blog airafieyadotcom telah berjaya mengubah pemikiran remaja perempuan khususnya supaya bijak memilih pasangan. Blognya diangkat menjadi rujukan buat para pencinta muda belia di luar sana yang sering gagal dalam bercinta. Dan turut menjadi carian tertinggi di Google kerana penulisannya yang cukup santai dan dekat dengan jiwa remaja tahun tersebut.

Julai 2016, blognya telah dilamar oleh syarikat penerbitan kerana syarikat itu amat tertarik dengan perkongsian setiap entri yang ditulis sehingga sanggup melaburkan wang untuk menerbitkan buku. Perjanjian di antara mereka termeterai. Hasil daripada royalti penjualan buku-buku tersebut, Azira telah membuka pusat kaunseling remaja. Dan dia juga menamatkan kariernya sebagai perunding dengan bertukar kepada fasilitator. Dia telah mengambil dua tiga orang fasilitator lain bagi memudahkan urusannya. Lama dia menutup pintu hati. Serik ingin bercinta mahupun mencintai mana-mana lelaki sehinggalah dia bertemu seseorang yang telah membuka semula kunci hatinya. Dia cuba sibukkan diri dengan banyakkan urusan kerjanya. Semakin hari dia semakin bersemangat untuk memotivasikan remaja lain dengan menjadikan kisah dan pengalaman sendiri sebagai sumber rujukan kelasnya.

 

 

 

Bersambung

One response to “Luka Yang Paling Dalam”

Leave a comment