Sinopsis e-Cerita

Luka Yang Paling Dalam


Sambungan Lara Hati yang Terpendam . Sequel kedua dan terakhir…

 

 

Gambar Hiasan : Google

AZIRA Sofiya berjalan keluar menuju anjung balkoni biliknya. Terhibur sejenak hatinya pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain kejar-mengejar di taman permainan itu. Alangkah riang dan bebasnya menjadi anak kecil seperti mereka. Bebas bermain ke sana ke mari tanpa perlu memikirkan sebarang permasalahan. Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, Azira juga merasakan nikmat itu. Namun, semakin diri menginjak usia dewasa, semakin diri terasa beratnya bebanan yang dipikul sehari-harian.

Dengan kerja yang semakin bertambah dari hari ke hari, bulan ke bulan, juga cinta yang masih belum berjumpa jalan penamat membuatkan jiwanya merintih sendirian. Bukan dia tidak laku, tetapi sebab terlalu banyak makan hati dan kecewa dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam dirinya. Fikri dengan perangai foya-foyanya, Danish pula jenis tak campur orang. Dia dan video game tidak dapat dipisahkan. Dalam sebulan, hanya dua tiga kali berjanji temu. “Alahai nasib you la Zira dapat boyfriend kaki game macam ni…” antara ayat yang pernah dikeluarkan suatu ketika dulu.

Manakala, Emran pula terlalu sibuk bekerja malah sangat mengejar kesempurnaan. Bagi lelaki itu, Azira biasa-biasa sahaja dan untuk membawa keluar ke acara rasmi boleh dikira berapa kali saja pergi dan dirinya selalu dibanding-bandingkan dengan teman wanita rakan-rakan seperniagaan yang lain. Terlalu hina Azira pada sudut pandangan Emran tika itu. Dia tahu, dirinya bukanlah secantik model atau anak orang kaya, tapi sekurang-kurangnya dia hanya mahu merasakan secebis kasih dan sayang dari lelaki itu saja. Bukan dikata sedemikian rupa. Ah! Orang laki ni bila dia rasa kaya sikit, berpangkat, mulalah nak sombong. Teringat dia masa kali pertama pertemuan dengan Emran di suatu acara rasmi juga, tetapi lelaki yang dikenali itu tidaklah seperti sekarang. Emran berubah drastik sekali. Semuanya sebab dia sudah mulai jatuh hati pada model cantik dan popular dari seberang. Widya Susanti, seorang model untuk suatu jenama antarabangsa yang semakin meningkat naik namanya. Kesudahannya, Emran mengambil keputusan untuk berpisah dengannya atas alasan Azira tidak semoden dan secantik Widya. “Sabarlah Zira. Kuatkan semangat. Hidup mesti diteruskan. Buktikan pada Emran, you bukan senang dimainkan. Hey, you pun cantik. Lelaki tu yang buta menilai kecantikan you sebab ditutupi kecantikan Widya.” Azira menyemat kata-kata positif itu di benaknya.

 

 

Gambar hiasan : Google 

         Tempikan suara anak-anak kecil itu mengembalikan Azira dari kenangan silam. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil tangan menolak sedikit rambut yang jatuh menutupi dahinya. Bahagianya kalau dapat merasai zaman kanak-kanak itu kembali. Bebas dari masalah dan lain-lain. Tapi, lumrah manusia perlu melalui proses perubahan. Kanak-kanak, remaja, dewasa dan fasa yang amat berat ialah alam perkahwinan. Semua itu harus dilalui juga walau ditolak sekalipun pasti masanya tiba jua.

Namun, masalah yang datang perlu diselesaikan dengan baik dan rasional. Masalah bukanlah jalan pintas untuk manusia berputus asa atau melarikan diri, sebaliknya hadapi dengan jiwa yang tenang dan positif. Bagi Azira, dia sememangnya seorang yang pemendam dan amat perahsia. Hanya orang tertentu saja yang dapat dia kongsikan itupun pada sahabat baiknya, Nadirah yang menjadi teman mengadu segala keresahan dalam jiwanya. Tidak akan ada sesiapa yang dapat memahaminya melainkan Nadirah dan sahabat paling rapat dan sentiasa menjadi peneman ke mana jua adalah blognya, airafieyadotcom. Itulah sahabat setia malahan diari bergeraknya yang bukan saja dapat melegakan hati, tetapi mendatangkan manfaat kepada insan lain yang mempunyai masalah lebih kurang sama dengannya. Azira gemar menjadikan setiap permasalahan yang berlaku sebagai poin utama untuk positifkan diri sendiri. Dengan cara ini, dia dapat berkongsi perkara-perkara baik kepada pembacanya dan memberikan semangat kepada setiap pembaca yang membaca penulisannya.

Blog airafieyadotcom juga adalah di antara blog yang mendapat rating pembaca terbaik dalam dan luar negara. Malahan, penulisannya diterjemah semula kepada pelbagai bahasa. Azira bersyukur kerana penulisannya yang biasa itu berjaya menjadi bahan inspirasi kepada setiap pembacanya. Dia juga tak menyangka yang blognya dapat mampu menaik seperti ini kerana apa yang dia tulis itu adalah kesinambungan rentetan perjalanan kehidupannya sehari-harian. Sehingga ada yang menghantar komen secara peribadi di emelnya, memuji perkongsian itu. Satu ayat yang membuatkan dia terkesima dari pengunjung negara Moscow yang membuatkan dirinya terharu, “May Allah bring you strong and blessing your journey…”

Tidak kurang yang menghantar emel mahu menjadikan dirinya sebagai perunding motivasi peribadi. Alahai, macam-macam hal. Tapi, semuanya terleatak pada hati. Azira sangat berpegang pada prinsipnya. Dia agak sukar mempercayai orang selepas apa yang pernah dialami sendiri dengan bekas-bekas kekasihnya. Kadang-kadang, dia penat nak berbuat baik denga orang sekeliling. Tengoklah, bila dia baik sikit, ada saja yang mengambil peluang atas kebaikannya. Dugaan buat pemilik nama Azira Sofiya Azizan ini. Ke mana saja pasti akan daya tarikan tersendiri. Bukan dipinta atau diupah, tetapi kerana sifat dalaman yang lembut dan pantulan aura positif sentiasa menjadikan dia mudah dikelilingi ramainya orang.

Alhamdulilah. Meskipun, dia tidaklah sehebat mana, namun setiap apa yang ditulis, dikongsi menjadi bualan pembaca sekitarnya. Dengan sifat yang terlalu merendah diri itu jugalah yang menjadikan dia mudah disenangi kerana tidak pernah terlintas untuk sombong atau bangga diri. Bagi dirinya, bersederhana lebih baik. Azira bersyukur berkat kesabaran dan ujian yang dilalui tanpa henti itu telah mendekatkan dirinya pada jodoh yang tidak disangka-sangka. Baginya, ini semua satu hikmah yang telah ditentukan Allah. Sungguh, Dialah sebaik-baik perancang. Kita hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal.

Kini, Azira Sofiya menghitung detik bahagianya bersama insan teristimewa hadiah dari Maha Esa buat hambaNya yang tidak pernah putus asa dalam berdoa. Dialah insan yang terbaik. Dialah jodoh pilihan Allah kepadanya. Terima kasih Allah. Dialah cinta sejati sehingga ke Jannah.

 

 

 

–  TAMAT –

Kisah penulis, Sinopsis e-Cerita

Lara Hati Yang Terpendam


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan semua. Happy new year 2017. Sebagai permulaan tahun baru, NA persembahkan karya terbaru yang ditulis dari hati ke hati sendiri dan juga keadaan sekeliling yang sangat mencabar ini.

Terimalah Lara Hati Yang Terpendam (LHYT) buah tangan baru dari NA untuk semua. Pasti meleleh air hidung dibuatnya 😀

lhyt

 

AZIRA Sofiya (28) – hidupnya terlalu sukar ditafsir. Bila sedih, dia menyendiri dari orang sekeliling. Bila gembira pula, dia akan menyebarkan aura kebahagiaan terhadap orang sekelilingnya. Begitulah Azira. Seorang wanita yang tidak mudah untuk menunjuk-nunjuk segala kedukaan yang tersimpan dalam hatinya. Seorang wanita yang terlalu memendam perasaan dan kuat rahsia. Kalau boleh, setiap masalah yang dilaluinya tidak mahu ada sesiapa pun mengetahui. Raut wajah Pan Asian itu sentiasa akan tersenyum demi menutup segala kesedihan yang dihadapi juga tidak mahu ada yang syak atau mempersoalkan keadaannya.

Perjalanan hidupnya yang penuh onak duri itu menjadikan dirinya semakin matang dan berdikari. Azira sebolehnya tidak mahu berkongsi dengan sesiapa melainkan pada sahabat baik yang sudah dianggap seperti saudara sendiri. Nadirah , beza usia setahun lebih muda darinya, namun merupakan sahabat yang memahami dan penasihat terbaik buat Azira tika diri menghadapi masalah.

Tiga kali hatinya dilukai, dikecewakan oleh lelaki membuatkan dirinya nekad bersendirian sementara waktu sambil meneruskan kariernya sebagai perunding kewangan di salah sebuah institiusi kewangan berlesen di ibu kota. Azira juga merupakan seorang penulis buku-buku motivasi remaja yang hanya dikenali Aira Fieya sebagai nama penanya. Naskhah remaja hanya bermula dari dalam talian sahaja sejak dia memulai bidang penulisan sekitar 2012. Paling popular dengan tajuk online dan hot untuk remaja masa itu ialah Bercinta di Usia Muda.

Dalam penulisan onlinenya, Azira mengangkat maruah wanita lebih tinggi dari lelaki kerana pada masa itu dia sendiri menyaksikan kawan sekelas merangkap teman serumahnya bergaduh besar dengan teman lelakinya atas sebab orang ketiga. Dengan sedikit penceritaan ditambah motivasi dalam laman web airafieya dot com itu, sedikit sebanyak telah mengangkat naskhah itu sebagai bacaan terbaik dalam talian dan mendapat carian tertinggi sejak tahun itu. Sehinggalah ada sebuah penerbitan melamarnya untuk menerbitkan buku pada 2015 dan hasil royalti itulah dia telah membuka pusat kaunseling remaja dan dia sendiri salah seorang fasilitator selain beberapa orang kaunselor yang dibayar untuk berkhidmat di situ.

Perwatakan Azira terlalu ketara perubahannya berbanding dia sewaktu sepuluh tahun dulu. Azira sangat ceria dan periang sejak dia memasuki alam persekolahan menengah lagi. Sehinggalah dia melangkah ke zaman pengajian tinggi, dirinya mula memencilkan diri, membisu dan hanya berada dalam dunianya tersendiri. Tambahan pula, selepas tiga kali dicurangi oleh bekas-bekas kekasihnya gara-gara orang ketiga, dia menutup hatinya untuk bercinta lagi. Bukan tidak ada yang menginginkannya, tetapi kerana trauma yang mendalam, dia seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri. Baginya, tiada seorang lelaki pun yang jujur dan ikhlas cintakannya. Kalau ada pun, hanya melihat kedudukannya kini yang berharta, punyai segalanya berbanding dahulu.

Fikri, Danish dan Emran, ketiga-tiganya sangat pandai dan kacak. Sayangnya perhubungan itu hanya bertahan setakat setahun sahaja. Tiada lagi cinta dan tinggal memori selepas dia mengetahu sendiri yang ketiganya tidak jujur mencintainya. Hatinya sakit, pedih bak ditusuk sembilu tajam. Sembilan tahun dia mengambil masa untuk melupakan segala kenangan pahit dan membuangnya jauh dari benaknya. Alhamdulilah, berkat kesabaran dan ketabahan yang ada dalam dirinya, Azira berjaya mengharungi ujian yang amat berat baginya.

 

 

Akan disambung…

Kembalilah Sayangku, Kisah penulis, Sinopsis e-Cerita

Kembalilah Sayangku 2


 

img_20161221_183517

 

AVINA termangu sendirian di bilik hotelnya. Sudah dua hari dia di Sarawak. Segala urusan spa ditutup operasinya buat seketika. Ingatannya terlayar jauh memikirkan kembali alasan yang diberikan oleh Fazril Shah. Terasa sukar untuk dia terima dan sukar bagi dirinya juga untuk percaya bulat-bulat mengenai kontroversi di antara tunangnya dengan Natalia Adam.

Zaman sekarang, semua teknologi sudah canggih. Macam-macam boleh terjadi. Manalah tahu ada yang sengaja mahu rosakkan Fazril dengan reka cerita sebegitu. Entah si Natalia ke atau seseorang yang diupah sengaja mahu menghancurkan perhubungan mereka berdua. Orang sekacak Fazril Shah itu memang banyak peminat. Ramai saja wanita yang menginginkannya. Kaya, hensem dan complete packagelah.

Lagipun tnangnya itu anak datuk. Siapa tidak kenal Datuk Fadhil Ghani. Seorang tokoh korporat yang disegani kerana sikap dermawan dan hartawan dengan semua orang. Fazril pula tidak lama lagi akan dilantik sebagai pengarah urusan merangkap pemegang syer Emas Holding Berhad. Mungkin ramai datuk-datuk, tan sri-tan sri yang berkomplot mahu menjatuhkan syarikat papanya. Siapa tahu.

Avina berdoa semoga ini semua khabar angin semata-mata. Dia terlalu sayangkan tunangnya serta tidak sanggup mendengar jika kontroversi itu benar-benar terjadi.

“Ya Allah, kuatkanlah hamba-MU ini…” bisik Avina dalam hati.

Ketukan di pintu bilik, mematikan lamunannya. Fazril Shah datang untuk mengajaknya keluar makan tengahari. Semalaman Avina tidak makan apa-apa. Semasa Fazril menghantar ke bilik hotel kelmarin, Avina hanya meminta tunangnya singgah kedai berhampiran membeli air tin Milo dan roti sahaja. Tidak ada selera makan katanya memikirkan berita kontroversi itu.

Fazril risau akan keadaan tunangnya itu. Avina sukar dibaca reaksi wajahnya apatah lagi ketika marah. Emosinya mudah berubah dan dia bimbang kalau-kalau Avina membuat sesuatu di luar jangkauan. Hati tunangnya itu terlalu lembut untuk disakiti. Puas dia yakinkan Avina yang dirinya tidak ada apa-apa pun dengan Natalia Adam. Fazril tidak pernah curang dengan tunang sendiri. Ya, memang dia ada keluar dengan Natalia, tapi ditemani dengan Joe dan teman wanitanya Shida. Ini sampai berpelukan di sebuah hotel, dia sendiri pun tidak tahu siapa punya angkara. Haish, pening kepalanya sudah.

 

“Vin, you masih fikirkan lagi pasal gosip I dengan Nat ke?” soalnya. “I swear, I tak pernah nak curang dengan you. Believe me.”

“Entahlah Faz. I don’t know how to say. I malu Faz. Malu!” ujarnya. “I malu dengan parents I, kawan-kawan I yang tahu pasal our relation. Susah bagi I nak percaya. Everything happened to fast, Faz.”

“Please Vin. Give me some time to make all thing clear. I promise to prove that the story not true.” ujarnya.

“Faz, I am sorry if i never being your good fiance since we are engage. But, it doesn’t mean i don’t care about you. I am really love you, Faz. I am sorry if I’ll bring upset on you and delay our wedding.” luah Avina seraya menundukkan pandangannya ke lantai meja makan di restoran tersebut.

Fazril Shah yang tersentak dengan tingkah laku Avina itu mula mengangkat dagu wanita dengan tangannya lalu mengesat airmata yang mengalir ke pipi mulusnya.

“Vin, I tak pernah marah you pun. Ya, memang I ada terasa sikit, tapi I tak tergamak nak buat you sedih dengan berita ni. You know me well, right. I takde girl lain selain you. Nat, tu kawan Shida. Memang I ada keluar dengan dia, tapi Joe dengan Shida ada sekali.” balasnya. “Dahlah, jangan nangis ea. Tak baik nangis depan rezeki. Wajah you pun nampak pucat aje. Makan sikit ya.” pujuknya lagi.

 

SEKETIKA itu di kediaman Natalia Adam di bandar Sarikei itu. Wajah model pan Asian itu sangat ceria sekali. Dibelek telefon bimbit miliknya berulang kali. Penuh gambar aksi dirinya dengan Fazril Shah di sebuah hotel. Gambar-gambar itu telah diambil oleh seorang fotografi yang diupah olehnya. Tujuannya mahu menghancurkan lelaki itu. Tergamak dia meninggalkan kawan baiknya. Fiona telah meninggal dunia kerana kecewa dengan hubungannya. Doktor mengesahkan Fiona mati kerana terlebih dos ubatan.

Hal ini menyebabkan Natalia Adam nekad mahu membalas dendam pada Fazril Shah. Dia bersumpah akan menuntut bela di atas kematian kawan baiknya. Fiona terlalu sayangkan lelaki itu sehingga sanggup buat apa saja termasuklah mati ketika dirinya ditinggalkan atas sebab lelaki itu ada perempuan lain.

“Puas hati aku Fazril Shah Datuk Fadhil. What you give, you get back. Rasakan!” ujarnya dengan nada suara yang tinggi. “Fi, I make sure that your boyfriend will be suffered. That my promise.”

 

FAZRIL SHAH menghantar Avina ke lapangan terbang Kuching awal pagi itu. Flight ke KL akan berlepas pada jam dua belas tengahari. Sempat Fazril memesan supaya jaga kesihatan dan jangan stress sangat. Dia beritahu lagi yang dia akan cepat selesaikan hal ini kemudian balik menetap KL dan mereka akan berkahwin. Avina memandang ke wajah tunangnya dan melemparkan senyuman sedikit.

Usai Avina berlepas, Fazril memulakan pemanduannya ke kota Samarahan untuk bertemu dengan Joe. Kawannya itu pasti tahu kejadian sebenar dan hanya Joe sajalah yang boleh tolongnya kerana dia sentiasa dengan Shida dan lagi Shida tentu boleh mengorek rahsia dengan kawannya, si model pan Asian itu.

 

“Nat, apa yang you buat ni, hah? Enough Nat, enough. Fi pun dah takde. I am sure Fi tentu tak suka apa yang you buat with her man.”

“Shut up, Shida! Fi, kawan I. I just wanna help her. Joe, baik you bawak balik Shida cepat sebelum pisau ni tembus perut dia,” ugutnya.

“Natalia, wait. I think you dah salah faham. Fazril takde kena-mengena dalam hal ni. Nah, tengok ni,” lengkingan kuat Joe sambil menunjukkan artikel majalah yang terpampang gambar Carlos dengan model antarabangsa.

Terbeliak mata Natalia Adam melihat artikel tersebut. Ah, tidak mungkin? Kenapa boleh jadi macam ini? Wajah Fazril Shah saling tidak tumpah dengan teman lelaki Fiona. Lidahnya terkedu lalu pisau di tangannya terjatuh ke lantai. Perlahan-lahan Shida merapati kawannya itu lantas memeluk erat. Joe segera mengambil pisau di atas lantai dan menyimpannya di dapur.

“I am sorry, Shida. I dah berdosa dengan Fazril. Gara-gara dendam I, Fazril dapat malu.” pintanya. “Joe, Fazril mana? I want to meet him.”

Joe yang sedang berdiri membelakangi pintu masuk segera membuang pandang ke tepi. Fazril Shah masuk setelah mendapat isyarat dari Joe. Nampaknya, dia memang telah mendengar semua rahsia yang telah diungkapkan oleh Natalia Adam. Tentang siapa Carlos dan Fiona. Sempat dia merekodkan di telefon untuk dijadikan bukti buat Avina kelak.

 

index

ALHAMDULILAH. Fazril Shah dan Avina telah selamat bernikah. Fazril telah mengotakan janjinya pada Avina untuk menetap terus di KL. Kerana cinta dan sayangnya pada Avina, dia rela melepaskan kerjaya jurutera itu dan bekerja dengan papanya. Datuk Fadhil dengan rasminya telah melantik Fazril selaku pemegang syer terbesar Emas Holding Berhad kerana dia satu-satunya pewaris lelaki sulung dalam keluarga mereka. Fazril juga menyandang jawatan pengurus kewangan sementara menunggu adik bongsunya yang sedang belajar di UK menggalas tanggungjawab itu. Fazrina sudah pun di tahun akhir pengajiannya.

Perniagaan Avril Spa & Beauty pula semakin mendapat tempat di mata pelanggan. Kini, perniagaan spa miliknya juga telah menjadi salah satu anak syarikat Datuk Fadhil. Avril Spa & Beauty juga telah membuka kelas asas solekan dan dandanan khusus buat generasi muda yang cenderung dalam bidang kecantikan ini.

Natalia Adam, menjalani kehidupan dalam dunia peragaan seperti biasa. Namanya sudah pun dibersihkan atas pertolongan Fazril Shah juga. Fazril mengatakan ianya hanya salah faham semata dan hakikatnya mereka cuma kawan baik saja. Fazril sangat berterima kasih dengan Joe dan Shida kerana membantu dia selesaikan masalah ini.

“I love you Avina Alias forever. You are my life, my heart and my soul…” luahnya dengan sepenuh hati kepada Avina.

Avina senyum dan pelukan mereka pun bertaut…

Tamat…

Kembalilah Sayangku, Kisah penulis, Sinopsis e-Cerita

Kembalilah Sayangku 1


img_20161221_183517

 

 

AVINA Alias, wanita berusia dua puluh enam tahun itu bekerja sebagai Beauty Advisor di pusat barangan serbaneka Guardian, Alamanda. Seorang yang berani serta tidak pernah putus asa dalam mengejar sesuatu yang diimpikan. Buktinya, Avina telah berjaya membuka sebuah pusat kecantikan spa sendiri sejak Januari 2015 yang beroperasi di Equine Park setelah dua tahun bekerja makan gaji.

Perniagaan Avril Beauty & Spa merupakan permulaan buat dirinya yang baru ingin berjinak dalam bidang perniagaan kecantikan. Perniagaan ini baru memasuki fasa setahun itu adalah hasil sumbangan modal bersama tunangnya, Fazril Shah.

 

FAZRIL SHAH,  seorang jurutera di salah sebuah syarikat galian terkemuka Sarawak. Tiga bulan sekali dia akan balik ke Semenanjung untuk bertemu dengan Avina. Kesibukkan mereka berdua dengan urusan masing-masing menjadikan perhubungan mulai hambar dan tidak bermaya. Avina sudah kurang memberi perhatian setiap kali Fazril mengajak keluar. Alasan yang diberikan dia penat kerana terlalu memenuhi jadual pelanggan yang tidak pernah putus berkunjung ke spanya setiap hari. Hal ini membuatkan jiwa lelaki berusia dua puluh lapan tahun itu kesunyian dan bosan. Fazril merasakan yang tunangnya itu sudah jauh dan dia semakin tidak mengenali Avina Alias yang dahulunya seorang yang periang, lemah-lembut dan sentiasa bergurau dengannya.

Fazril sedikit terkilan setiap kali balik ke Kuala Lumpur. Dia merasakan kepulangannya itu disambut acuh tak acuh saja oleh Avina. Rindunya pada senyuman yang terpancar pada wajah wanita kacukan Malay-Germany suatu masa dulu membuatkan batinnya menjerit sepi. Namun, dia hanya bersabar dan melayan sahaja kerenah Avina yang suam-suam dengannya. Tunangnya itu terlalu obvious dengan kariernya sehingga bila diajak kawin pasti ada saja alasan yang diberikan. Avina sebenarnya terlalu sayang pada Fazril Shah, tetapi kerana mengejar kariernya, dia lupa yang dirinya itu tunangan orang. Namun, Avina seorang yang setia walaupun ramai di luar sana yang berebut menginginkannya. Baginya, cukuplah cinta dan sayangnya hanya untuk Fazril seorang.

Demi sebuah cinta kepada Avina, Fazril cuba menenangkan diri dan berharap satu hari tunangnya akan kembali menjadi seseorang yang diimpikan dulu.  Baginya, Avina over-commitment. Tunangnya itu sangat bercita-cita tinggi mahu menjadi pengusaha spa yang berjaya.

 MAJALAH hiburan yang dibaca oleh Avina tiba-tiba jatuh ke lantai kedainya. Matanya terbuntang apabila terlihat wajah tunangnya terpampang di laman majalah bersama model jelita pan Asian.

“Model popular pan Asian, Natalia Adam terlihat intim dengan seorang jurutera muda, Fazril Shah Datuk Fadhil”

Air jernih mula mengalir keluar dari tubir matanya. Fikirannya mengimbas kembali saat dia menolak keputusan Fazril untuk berkahwin. Dia hanya memberikan alasan belum sedia untuk ke peringkat seterusnya memandangkan dia mahu fokus pada perniagaan spanya itu. Masih segar di ingatannya, wajah Fazril kelihatan tertekan dan kecewa dengan keputusan yang diungkapkan.

Tidak menyangka, esoknya Fazril Shah telah berlepas ke Sarawak tanpa bertemunya untuk mengucapkan selamat tinggal seperti selalunya sebelum pulang bertugas.

Datin Zulaika, mama Fazril Shah yang menjawab panggilan itu hanya mengatakan anak lelaki sulungnya itu sangat terburu-buru mahu pulang pagi itu. Katanya, banyak kerja perlu disiapkan sementelah sudah empat hari di KL. Mamanya juga memberitahu Fazril tidak sempat hendak bersarapan pagi. Takut tertinggal flight yang akan berlepas jam sebelas pagi.

Avina tidak menyangka peristiwa seperti ini boleh terjadi selepas dua minggu Fazril di Sarawak. Buntu kepalanya memikirkan hal perhubungan mereka. Tidak mungkin, sebab dirinya tidak melayan Fazril dan menolak lamaran berkahwin, tunangnya sanggup buat macam itu. Tidak! Dia percaya Fazril Shah bukan kaki perempuan. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan Fazril ini. Dia harus siasat.

PENERBANGAN ke Sarawak memakan masa dua jam setengah untuk sampai di lapangan terbang Kuching. Setelah mendapatkan perkhidmatan kereta sewa, Avina terus berkejaran ke pejabat Fazril Shah. Tombol pintu bilik pejabat Fazril Shah dipulas dan dibuka. Segera pandangannya menerpa ke arah Fazril. Suzi, pembantu peribadinya yang berada di sisi Avina cuba menahan daripada masuk. Lantas, Fazril membuat isyarat kepada Suzi supaya keluar dan meninggalkan mereka berdua di bilik itu.

Lengan Avina dipegang dan dibawa duduk ke sofa. Fazril mengeluh seketika. Lidahnya kelu tidak berbahasa. Pasti Avina kecewa melihat kontroversi yang melanda dia dengan Natalia tempoh hari. Papanya pun sudah beberapa kali menelefon supaya dia segera selesaikan masalah ini. Dia harus membersihkan kembali namanya, nama papanya juga prestasi syarikatnya. Dia tidak mahu perkara ini menjejaskan perniagaan yang sudah dibangunkan dua puluh tahun itu. Dia stress. Dilihat Avina yang berada di sisinya hanya menakup muka dengan kedua belah tangan menahan esakan.

Bersambung…