Kembalilah Sayangku 1


img_20161221_183517

 

 

AVINA Alias, wanita berusia dua puluh enam tahun itu bekerja sebagai Beauty Advisor di pusat barangan serbaneka Guardian, Alamanda. Seorang yang berani serta tidak pernah putus asa dalam mengejar sesuatu yang diimpikan. Buktinya, Avina telah berjaya membuka sebuah pusat kecantikan spa sendiri sejak Januari 2015 yang beroperasi di Equine Park setelah dua tahun bekerja makan gaji.

Perniagaan Avril Beauty & Spa merupakan permulaan buat dirinya yang baru ingin berjinak dalam bidang perniagaan kecantikan. Perniagaan ini baru memasuki fasa setahun itu adalah hasil sumbangan modal bersama tunangnya, Fazril Shah.

 

FAZRIL SHAH,  seorang jurutera di salah sebuah syarikat galian terkemuka Sarawak. Tiga bulan sekali dia akan balik ke Semenanjung untuk bertemu dengan Avina. Kesibukkan mereka berdua dengan urusan masing-masing menjadikan perhubungan mulai hambar dan tidak bermaya. Avina sudah kurang memberi perhatian setiap kali Fazril mengajak keluar. Alasan yang diberikan dia penat kerana terlalu memenuhi jadual pelanggan yang tidak pernah putus berkunjung ke spanya setiap hari. Hal ini membuatkan jiwa lelaki berusia dua puluh lapan tahun itu kesunyian dan bosan. Fazril merasakan yang tunangnya itu sudah jauh dan dia semakin tidak mengenali Avina Alias yang dahulunya seorang yang periang, lemah-lembut dan sentiasa bergurau dengannya.

Fazril sedikit terkilan setiap kali balik ke Kuala Lumpur. Dia merasakan kepulangannya itu disambut acuh tak acuh saja oleh Avina. Rindunya pada senyuman yang terpancar pada wajah wanita kacukan Malay-Germany suatu masa dulu membuatkan batinnya menjerit sepi. Namun, dia hanya bersabar dan melayan sahaja kerenah Avina yang suam-suam dengannya. Tunangnya itu terlalu obvious dengan kariernya sehingga bila diajak kawin pasti ada saja alasan yang diberikan. Avina sebenarnya terlalu sayang pada Fazril Shah, tetapi kerana mengejar kariernya, dia lupa yang dirinya itu tunangan orang. Namun, Avina seorang yang setia walaupun ramai di luar sana yang berebut menginginkannya. Baginya, cukuplah cinta dan sayangnya hanya untuk Fazril seorang.

Demi sebuah cinta kepada Avina, Fazril cuba menenangkan diri dan berharap satu hari tunangnya akan kembali menjadi seseorang yang diimpikan dulu.  Baginya, Avina over-commitment. Tunangnya itu sangat bercita-cita tinggi mahu menjadi pengusaha spa yang berjaya.

 MAJALAH hiburan yang dibaca oleh Avina tiba-tiba jatuh ke lantai kedainya. Matanya terbuntang apabila terlihat wajah tunangnya terpampang di laman majalah bersama model jelita pan Asian.

“Model popular pan Asian, Natalia Adam terlihat intim dengan seorang jurutera muda, Fazril Shah Datuk Fadhil”

Air jernih mula mengalir keluar dari tubir matanya. Fikirannya mengimbas kembali saat dia menolak keputusan Fazril untuk berkahwin. Dia hanya memberikan alasan belum sedia untuk ke peringkat seterusnya memandangkan dia mahu fokus pada perniagaan spanya itu. Masih segar di ingatannya, wajah Fazril kelihatan tertekan dan kecewa dengan keputusan yang diungkapkan.

Tidak menyangka, esoknya Fazril Shah telah berlepas ke Sarawak tanpa bertemunya untuk mengucapkan selamat tinggal seperti selalunya sebelum pulang bertugas.

Datin Zulaika, mama Fazril Shah yang menjawab panggilan itu hanya mengatakan anak lelaki sulungnya itu sangat terburu-buru mahu pulang pagi itu. Katanya, banyak kerja perlu disiapkan sementelah sudah empat hari di KL. Mamanya juga memberitahu Fazril tidak sempat hendak bersarapan pagi. Takut tertinggal flight yang akan berlepas jam sebelas pagi.

Avina tidak menyangka peristiwa seperti ini boleh terjadi selepas dua minggu Fazril di Sarawak. Buntu kepalanya memikirkan hal perhubungan mereka. Tidak mungkin, sebab dirinya tidak melayan Fazril dan menolak lamaran berkahwin, tunangnya sanggup buat macam itu. Tidak! Dia percaya Fazril Shah bukan kaki perempuan. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan Fazril ini. Dia harus siasat.

PENERBANGAN ke Sarawak memakan masa dua jam setengah untuk sampai di lapangan terbang Kuching. Setelah mendapatkan perkhidmatan kereta sewa, Avina terus berkejaran ke pejabat Fazril Shah. Tombol pintu bilik pejabat Fazril Shah dipulas dan dibuka. Segera pandangannya menerpa ke arah Fazril. Suzi, pembantu peribadinya yang berada di sisi Avina cuba menahan daripada masuk. Lantas, Fazril membuat isyarat kepada Suzi supaya keluar dan meninggalkan mereka berdua di bilik itu.

Lengan Avina dipegang dan dibawa duduk ke sofa. Fazril mengeluh seketika. Lidahnya kelu tidak berbahasa. Pasti Avina kecewa melihat kontroversi yang melanda dia dengan Natalia tempoh hari. Papanya pun sudah beberapa kali menelefon supaya dia segera selesaikan masalah ini. Dia harus membersihkan kembali namanya, nama papanya juga prestasi syarikatnya. Dia tidak mahu perkara ini menjejaskan perniagaan yang sudah dibangunkan dua puluh tahun itu. Dia stress. Dilihat Avina yang berada di sisinya hanya menakup muka dengan kedua belah tangan menahan esakan.

Bersambung…

Leave a comment