Sinopsis e-Cerita

Luka Yang Paling Dalam


Sambungan Lara Hati yang Terpendam . Sequel kedua dan terakhir…

 

 

Gambar Hiasan : Google

AZIRA Sofiya berjalan keluar menuju anjung balkoni biliknya. Terhibur sejenak hatinya pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain kejar-mengejar di taman permainan itu. Alangkah riang dan bebasnya menjadi anak kecil seperti mereka. Bebas bermain ke sana ke mari tanpa perlu memikirkan sebarang permasalahan. Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, Azira juga merasakan nikmat itu. Namun, semakin diri menginjak usia dewasa, semakin diri terasa beratnya bebanan yang dipikul sehari-harian.

Dengan kerja yang semakin bertambah dari hari ke hari, bulan ke bulan, juga cinta yang masih belum berjumpa jalan penamat membuatkan jiwanya merintih sendirian. Bukan dia tidak laku, tetapi sebab terlalu banyak makan hati dan kecewa dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam dirinya. Fikri dengan perangai foya-foyanya, Danish pula jenis tak campur orang. Dia dan video game tidak dapat dipisahkan. Dalam sebulan, hanya dua tiga kali berjanji temu. “Alahai nasib you la Zira dapat boyfriend kaki game macam ni…” antara ayat yang pernah dikeluarkan suatu ketika dulu.

Manakala, Emran pula terlalu sibuk bekerja malah sangat mengejar kesempurnaan. Bagi lelaki itu, Azira biasa-biasa sahaja dan untuk membawa keluar ke acara rasmi boleh dikira berapa kali saja pergi dan dirinya selalu dibanding-bandingkan dengan teman wanita rakan-rakan seperniagaan yang lain. Terlalu hina Azira pada sudut pandangan Emran tika itu. Dia tahu, dirinya bukanlah secantik model atau anak orang kaya, tapi sekurang-kurangnya dia hanya mahu merasakan secebis kasih dan sayang dari lelaki itu saja. Bukan dikata sedemikian rupa. Ah! Orang laki ni bila dia rasa kaya sikit, berpangkat, mulalah nak sombong. Teringat dia masa kali pertama pertemuan dengan Emran di suatu acara rasmi juga, tetapi lelaki yang dikenali itu tidaklah seperti sekarang. Emran berubah drastik sekali. Semuanya sebab dia sudah mulai jatuh hati pada model cantik dan popular dari seberang. Widya Susanti, seorang model untuk suatu jenama antarabangsa yang semakin meningkat naik namanya. Kesudahannya, Emran mengambil keputusan untuk berpisah dengannya atas alasan Azira tidak semoden dan secantik Widya. “Sabarlah Zira. Kuatkan semangat. Hidup mesti diteruskan. Buktikan pada Emran, you bukan senang dimainkan. Hey, you pun cantik. Lelaki tu yang buta menilai kecantikan you sebab ditutupi kecantikan Widya.” Azira menyemat kata-kata positif itu di benaknya.

 

 

Gambar hiasan : Google 

         Tempikan suara anak-anak kecil itu mengembalikan Azira dari kenangan silam. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil tangan menolak sedikit rambut yang jatuh menutupi dahinya. Bahagianya kalau dapat merasai zaman kanak-kanak itu kembali. Bebas dari masalah dan lain-lain. Tapi, lumrah manusia perlu melalui proses perubahan. Kanak-kanak, remaja, dewasa dan fasa yang amat berat ialah alam perkahwinan. Semua itu harus dilalui juga walau ditolak sekalipun pasti masanya tiba jua.

Namun, masalah yang datang perlu diselesaikan dengan baik dan rasional. Masalah bukanlah jalan pintas untuk manusia berputus asa atau melarikan diri, sebaliknya hadapi dengan jiwa yang tenang dan positif. Bagi Azira, dia sememangnya seorang yang pemendam dan amat perahsia. Hanya orang tertentu saja yang dapat dia kongsikan itupun pada sahabat baiknya, Nadirah yang menjadi teman mengadu segala keresahan dalam jiwanya. Tidak akan ada sesiapa yang dapat memahaminya melainkan Nadirah dan sahabat paling rapat dan sentiasa menjadi peneman ke mana jua adalah blognya, airafieyadotcom. Itulah sahabat setia malahan diari bergeraknya yang bukan saja dapat melegakan hati, tetapi mendatangkan manfaat kepada insan lain yang mempunyai masalah lebih kurang sama dengannya. Azira gemar menjadikan setiap permasalahan yang berlaku sebagai poin utama untuk positifkan diri sendiri. Dengan cara ini, dia dapat berkongsi perkara-perkara baik kepada pembacanya dan memberikan semangat kepada setiap pembaca yang membaca penulisannya.

Blog airafieyadotcom juga adalah di antara blog yang mendapat rating pembaca terbaik dalam dan luar negara. Malahan, penulisannya diterjemah semula kepada pelbagai bahasa. Azira bersyukur kerana penulisannya yang biasa itu berjaya menjadi bahan inspirasi kepada setiap pembacanya. Dia juga tak menyangka yang blognya dapat mampu menaik seperti ini kerana apa yang dia tulis itu adalah kesinambungan rentetan perjalanan kehidupannya sehari-harian. Sehingga ada yang menghantar komen secara peribadi di emelnya, memuji perkongsian itu. Satu ayat yang membuatkan dia terkesima dari pengunjung negara Moscow yang membuatkan dirinya terharu, “May Allah bring you strong and blessing your journey…”

Tidak kurang yang menghantar emel mahu menjadikan dirinya sebagai perunding motivasi peribadi. Alahai, macam-macam hal. Tapi, semuanya terleatak pada hati. Azira sangat berpegang pada prinsipnya. Dia agak sukar mempercayai orang selepas apa yang pernah dialami sendiri dengan bekas-bekas kekasihnya. Kadang-kadang, dia penat nak berbuat baik denga orang sekeliling. Tengoklah, bila dia baik sikit, ada saja yang mengambil peluang atas kebaikannya. Dugaan buat pemilik nama Azira Sofiya Azizan ini. Ke mana saja pasti akan daya tarikan tersendiri. Bukan dipinta atau diupah, tetapi kerana sifat dalaman yang lembut dan pantulan aura positif sentiasa menjadikan dia mudah dikelilingi ramainya orang.

Alhamdulilah. Meskipun, dia tidaklah sehebat mana, namun setiap apa yang ditulis, dikongsi menjadi bualan pembaca sekitarnya. Dengan sifat yang terlalu merendah diri itu jugalah yang menjadikan dia mudah disenangi kerana tidak pernah terlintas untuk sombong atau bangga diri. Bagi dirinya, bersederhana lebih baik. Azira bersyukur berkat kesabaran dan ujian yang dilalui tanpa henti itu telah mendekatkan dirinya pada jodoh yang tidak disangka-sangka. Baginya, ini semua satu hikmah yang telah ditentukan Allah. Sungguh, Dialah sebaik-baik perancang. Kita hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal.

Kini, Azira Sofiya menghitung detik bahagianya bersama insan teristimewa hadiah dari Maha Esa buat hambaNya yang tidak pernah putus asa dalam berdoa. Dialah insan yang terbaik. Dialah jodoh pilihan Allah kepadanya. Terima kasih Allah. Dialah cinta sejati sehingga ke Jannah.

 

 

 

–  TAMAT –

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s