Kisah penulis, Reviews, Santai, Sensasi

Kimchi Untuk Awak


Bismillah,

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA…

Anneyong haseyo (hello), Eotteoke jinaesimnikka ? (apa khabar?) Je ireum-eun Nisa (nama saya Nisa) Bangapseumnida ย (salam perkenalan) semua ๐Ÿ˜‰

Eh, Ke Korean Ke Kita? Ok, sampai sudah Jeju Island ni, sambil makan kimchi pulak kan, hahaha (dalam mimpi, atas flight ๐Ÿ˜€ ) Hmm, tapi sebenarnya memang ke Seoul pon (dalam panggung, bulan Mac ni tengok Aiman Hakim dengan Emma Maembong) untuk satu siri drama adaptasi Kimchi Untuk Awak (KUA)

 

kk

 

So, pendekkan cerita, NA share sedikit resepi kimchi untuk kita sama-sama cuba buat ye. Pertama kali makan kimchi dengan BFF masa di IOI Mall, Puchong. Dekat salah satu restoran Korean, Sopong tak silap. Memang pure and original masakan korean dia. Sometime, fikir balik sebab apa orang-orang korea, macam retis dorang cantik, fit, hensem ? Sebabnya, dorang ni menjaga dari segi pemakanan rupanya. Betul kan? NA makan dekat restoran tu, semangkuk nasi dengan apa nama makanan berkuah merah (tak ingatlah pulek, hehe) dah rasa kenyang. Maybe, beras dorang kot yang menyebabkan kenyang. Berbalik pada kimchi, ia sejenis sayuran kobis panjang ย dan lobak merah. Makan sayur banyak takpe sebab sayur tu kan menyihatkan. Berbanding nasi, karbohidrat dan serapan kanji yang tinggi (macam nutritionist je)

 

 

 

Bahan utama;

3 biji kobis panjang (dipotong panjang dan diperap dengan air garam selama sejam dua)

 

Untuk Pes Gula;

2 cawan air

2 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar gula turbinado/gula perang/gula biasa – mana-mana suka

 

Untuk Perasa;

24 ulas bawang putih (dicincang halus)

1/2 halia (dicincang halus)

1 biji bawang besar (dicincang halus)

1/2 cawan sos ikan

1/4 cawan udang kering (saujeot)

1 sudu besar pes ikan bilis / ikan bilis yang dikisar – mana-mana suka

2 sudu besar serbuk cili (gochugaru)

 

Sayuran;

2 cawan radish (lobak bulat – dihiris nipis) – *kalau takde, gantikan lobak biasa

1-2 batang lobak merah – dihiris nipis

8 batang scallion – kalau takde, gantikan dengan daun bawang

 

Cara membuatnya;

  1. Basuh kobis panjang yang diperap dengan air garam hingga bersih. (Bahan Pes Gula – masukkan air dan tepung pulut ke dalam periuk dan masak selama 10 minit hingga mendidih. Kemudian, masukkan 2 sudu besar gula pasir dan kacau selama 1 minit. Tutup api dan sejukkan.
  2. Masukkan bawang putih + bawang besar + halia ke dalam mangkuk besar.
  3. Tuangkan sos ikan + pes ikan bilis / ikan bilis + udang kering + serbuk cili dan gaul rata sehingga adunan pekat. Campurkan bersama Pes Gula tadi. Inilah yang dipanggil Pes Kimchi (rencah dia sebelum kobis dimasukkan)
  4. Masukkan sayuran radish + lobak merah + scallion / daun bawang pula dan gaulkan.
  5. Masukkan kobis panjang dan sebatikan.
  6. Sejukkan dalam peti dan bolehlah dihidangkan.

 

kkm

 

kimchi

Selamat mencuba ๐Ÿ™‚

Salam sayang, NA โค

Kisah penulis, Sinopsis e-Cerita

Lara Hati Yang Terpendam


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan semua. Happy new year 2017. Sebagai permulaan tahun baru, NA persembahkan karya terbaru yang ditulis dari hati ke hati sendiri dan juga keadaan sekeliling yang sangat mencabar ini.

Terimalah Lara Hati Yang Terpendam (LHYT) buah tangan baru dari NA untuk semua. Pasti meleleh air hidung dibuatnya ๐Ÿ˜€

lhyt

 

AZIRA Sofiya (28) โ€“ hidupnya terlalu sukar ditafsir. Bila sedih, dia menyendiri dari orang sekeliling. Bila gembira pula, dia akan menyebarkan aura kebahagiaan terhadap orang sekelilingnya. Begitulah Azira. Seorang wanita yang tidak mudah untuk menunjuk-nunjuk segala kedukaan yang tersimpan dalam hatinya. Seorang wanita yang terlalu memendam perasaan dan kuat rahsia. Kalau boleh, setiap masalah yang dilaluinya tidak mahu ada sesiapa pun mengetahui. Raut wajah Pan Asian itu sentiasa akan tersenyum demi menutup segala kesedihan yang dihadapi juga tidak mahu ada yang syak atau mempersoalkan keadaannya.

Perjalanan hidupnya yang penuh onak duri itu menjadikan dirinya semakin matang dan berdikari. Azira sebolehnya tidak mahu berkongsi dengan sesiapa melainkan pada sahabat baik yang sudah dianggap seperti saudara sendiri. Nadirah , beza usia setahun lebih muda darinya, namun merupakan sahabat yang memahami dan penasihat terbaik buat Azira tika diri menghadapi masalah.

Tiga kali hatinya dilukai, dikecewakan oleh lelaki membuatkan dirinya nekad bersendirian sementara waktu sambil meneruskan kariernya sebagai perunding kewangan di salah sebuah institiusi kewangan berlesen di ibu kota. Azira juga merupakan seorang penulis buku-buku motivasi remaja yang hanya dikenali Aira Fieya sebagai nama penanya. Naskhah remaja hanya bermula dari dalam talian sahaja sejak dia memulai bidang penulisan sekitar 2012. Paling popular dengan tajuk online dan hot untuk remaja masa itu ialah Bercinta di Usia Muda.

Dalam penulisan onlinenya, Azira mengangkat maruah wanita lebih tinggi dari lelaki kerana pada masa itu dia sendiri menyaksikan kawan sekelas merangkap teman serumahnya bergaduh besar dengan teman lelakinya atas sebab orang ketiga. Dengan sedikit penceritaan ditambah motivasi dalam laman web airafieya dot com itu, sedikit sebanyak telah mengangkat naskhah itu sebagai bacaan terbaik dalam talian dan mendapat carian tertinggi sejak tahun itu. Sehinggalah ada sebuah penerbitan melamarnya untuk menerbitkan buku pada 2015 dan hasil royalti itulah dia telah membuka pusat kaunseling remaja dan dia sendiri salah seorang fasilitator selain beberapa orang kaunselor yang dibayar untuk berkhidmat di situ.

Perwatakan Azira terlalu ketara perubahannya berbanding dia sewaktu sepuluh tahun dulu. Azira sangat ceria dan periang sejak dia memasuki alam persekolahan menengah lagi. Sehinggalah dia melangkah ke zaman pengajian tinggi, dirinya mula memencilkan diri, membisu dan hanya berada dalam dunianya tersendiri. Tambahan pula, selepas tiga kali dicurangi oleh bekas-bekas kekasihnya gara-gara orang ketiga, dia menutup hatinya untuk bercinta lagi. Bukan tidak ada yang menginginkannya, tetapi kerana trauma yang mendalam, dia seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri. Baginya, tiada seorang lelaki pun yang jujur dan ikhlas cintakannya. Kalau ada pun, hanya melihat kedudukannya kini yang berharta, punyai segalanya berbanding dahulu.

Fikri, Danish dan Emran, ketiga-tiganya sangat pandai dan kacak. Sayangnya perhubungan itu hanya bertahan setakat setahun sahaja. Tiada lagi cinta dan tinggal memori selepas dia mengetahu sendiri yang ketiganya tidak jujur mencintainya. Hatinya sakit, pedih bak ditusuk sembilu tajam. Sembilan tahun dia mengambil masa untuk melupakan segala kenangan pahit dan membuangnya jauh dari benaknya. Alhamdulilah, berkat kesabaran dan ketabahan yang ada dalam dirinya, Azira berjaya mengharungi ujian yang amat berat baginya.

 

 

Akan disambung…

Kisah penulis, Motivasi, Reviews, Santai, Sensasi

Lara Cinta Ameena


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA semua…

Salam Jumaat serta salam Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam seluruh pelusuk dunia. Bersama-samalah kita saling mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam Rohingnya. Semoga dengan sedikit doa dapat memberikan kekuatan buat mereka sekeluarga.

Allahuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar!

 

Berbalik kepada tajuk entry sebenar kita semula ๐Ÿ™‚

 

lca-4

 

lca-1

Lara Cinta Ameena (LCA) menyingkap kisah masyarakat yang sedia ada di sekeliling kita. Ianya bukan sekadar naskhah cinta semata-mata, tetapi lebih kepada perhubungan dua darjat yang berbeza di mana ditonjolkan dua watak utama, Radhuan (Raja Afiq DFKL), seorang yang berada dan kaya dan Ameena (Tiz Zaqyah), seorang anak yatim piatu dibesarkan di pusat kebajikan dan tidak berpelajaran tinggi.

Tak salah jika mahu melihat harta, wang mahupun kuasa tapi jangan terlalu cepat untuk menghukum orang begitu mudah tanpa meneliti seseorang itu secara terperinci seperti yang dilakukan oleh Puan Kirana (Fazlina Ahmad Daud) terhadap menantunya. Apa yang cuba dilihat di sini, macam tidak adil jika manusia itu terus dihukum, ditindas, dicerca kerana masa silamnya. Setiap orang berhak mendapat peluang tak kira anak datuk mahupun anak penjual roti sekalipun. Mungkin ada yang cuba pertikaikan status hubungan atau melihat pada kedudukan, memang tidak salah tapi yang seharusnya kita lihat adalah keikhlasan dan kejujuran hati seseorang. Rupa yang kacak atau cantik itu bonus sebenarnya.

Terus-terang diperkatakan hari ini, semua manusia bermacam-macam perangai dan sifat. Memang susah dah nak percaya orang apatah lagi baru sekali dua mengenalinya. Bukan nak tuju pada sesiapa, tapi hanya berdasarkan pada pemerhatian sekeliling dan sekadar menterjemahkan LCA yang sebenar di mata kita, yakni dunia realiti. LCA memang benar-benar memberikan impak kepada kita supaya โ€œdonโ€™t judge book by the coverโ€ dan โ€œdonโ€™t judge person by outside.โ€

lca-2

lca-6

lca-5

lca-9

lca-8

lca-7

Ehsan : Googleย 

 

Sebuah naskhah arahan Shuhaimi Lua ini memang terbaik dan bukan kisah adaptasi novel.

Congratulation! Jom layan MV Segalanya dari Haqiem Rusli yang merupakan single lagu OST drama ni.

 

 

Allahumma Solli A’la Muhammad…

 

Salam Sayang, NA โค

Kisah penulis, Motivasi

Merendah diri itu tak merugikan apa-apa


Bismillah…

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Kemerdekaan yang ke 59 khas buat seluruh pembaca blog NA yang dikasihi ๐Ÿ™‚

 

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! Laungan yang cukup membuatkan seluruh hati kita berkobar-kobar dan bersemangat Malaysia Boleh tidak kiralah di mana kita berada waimah di luar negara sekalipun.

hhh

Tak ada apa yang nak ditulis untuk entry kali ini tetapi sekadar ingin berkongsi suata ayat yang NA baru belajar dua tiga hari ini. Seperti yang telah di update dalam laman Instagram (@nisablogwriter) ย tempoh hari, NA baru saja dapat kaki. Means, baru dapat memandu sendiri setelah enam tahun menggunakan public transport untuk bergerak ke mana-mana termasuklah tempat kerja.

 

mmm

 

Beberapa quotes yang dapat NA kongsikan sedari apa yang telah dilalui dan dialami sendiri;

 

“Biar kita nampak bodoh di mata orang, tetapi tidak di mata Allah. Biar semangat kita tipis, percayalah hanya dengan doa serta keyakinan untuk kita mencapai sesuatu, pasti boleh dicapai. Yang penting, percaya pada diri sendiri dan berani…”

“Adakalanya, menyembunyikan identiti sebenar sertaย merahsiakan segala apa yang kita lakukan @ jalani dari pengetahuan orang sekeliling (umum) itu lebih baik daripada menghebahkannya. Mungkin, itu sajalah cara terbaik untuk menjaga hak dan kepentingan sendiri…”

“Rendahkan dirimu sepertimana rendahnya dirimu tika bertemu Allah swt dalam setiap sujud dan doa-doamu. Tenangkan dirimu tika dilanda musibah. Istighfar dan sabarlah. Nescaya, di sebalik kesabaran itu terselit manisnya…”

 

lll

 

 

Nah, NA belanja sedikit video nyanyian dari Sis Fazura yang juga menjadi satu lagu inspirasi untuk NA terus berblog dan semangat dalam menjalani kehidupan sehari-harian yang semakin mencabar ini. โค ๐Ÿ˜‰

 

 

 

 

Salam sayang, NA

Kisah penulis, Motivasi, Santai

Makan Sihat, Keluarga Bahagia


Bismillah,

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan semua. Sebelum itu, NA ucapkan kepada ibu-ibu, mama-mama, emak-emak, amma-amma di seluruh dunia termasuklah my lovely mummy dengan ucapam SELAMAT HARI IBU and HAPPY MOTHER DAYย  โค โค

Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik-baik hendaknya… ๐Ÿ™‚

Our topic today adalah “Makan Sihat, Keluarga Bahagia” seperti yang telah dibincangkan dalam siaran sejam Tanyalah Ustazah hari Jumaat baru ni, 6hb Mei jam 4 petang (TV9) oleh nama yang cukup terkenal dengan motivasi serta kesihatan juga pakar mata, Prof Dr Muhaya.

 

PhotoGrid_1462615519851Prof Dr Muhaya

NA cuba ringkaskan beberapa poin penting yang Prof sampaikan berdasarkan kepada pemahaman sendiri ok.

TIPS PENTING

  1. Utamakan lima (5) jenis warna dalam sayuran. Contoh, lobak (oren), terung (ungu), brokoli/kailan/kangkung/sawi (hijau), lada benggala (hijau/merah/kuning);
  2. Amalkan kaedah G.B.O.M (Green vegie, Beans, Onion, Mushroom)

 

> Beans refer to kacang kuda direbus (makan dalam kuantiti 2 cawan untuk tambah Fiber dalam badan);

> Onion masukkan dalam setiap masakan. Bukan bawang goreng tau;

> Mushroom amalkan makan sentiasa. Buat dalam masakan seperti sup sayur dll. Sup adalah suatu makanan yang bagus untuk badan kerana mengandungi semua serat di dalamnya);

**Kajian membuktikan kanser payudara, kanser kolon (usus) terjadi kerana badan kekurangan sumber Fiber dan serat yang mencukupi.

 

> 3 had makanan utama adalah 90% datang dari sayuran hijau (Green Vegie). Di antaranya seperti kailan, kangkung, bayam, sawi, terung, lobak, brokoli, kubis, yang menjadikan badan sihat dan wajah berseri (awet muda);

> Elakkan penggunaan serbuk perisa (preservative dan MSG) – katering/restoran selalunya yang perlu elakkan;

> Amalkan Lemon + air suam untuk perlindungan dan penjagaan antibodi;

> Makan ulam-ulaman hijau (pegaga, ulam raja, misai kucing, kaduk, dll) untuk kekal awet. Ulaman adalah makanan segar yang menjadikan dalaman kita sentiasa muda dan hidup;

> Buat jus sayur (blend beberapa jenis sayur berwarna-warni dan minum);

 

RESEPI SIHAT

  1. Mayonis = buah limau + gajus + badam (blend);
  2. Daging burger = kacang merah (blend) dan bentukkan bulat seperti daging. Letak dlm roti + timun + bawang + salad + sos = makan (bagi anak-anak yang tak gemar makan sayur;
  3. Masak beras dalam bunga kubis

 

BENDA PENTING YANG PERLU ADA DI RUMAH

  1. Juicer;
  2. Blender;
  3. Air Fryer

 

Set Tagline : ‘Saya Suka Makan Sayur’ okey. Kurangkan kalori dalam makanan, tambahkan serat dalam badan. Kekal awet muda selalu biar umur dah 30-40+++ kannn

 

Selamat mencuba ๐Ÿ˜‰

 

Salam sayang, NA

Kembalilah Sayangku, Kisah penulis, Sinopsis e-Cerita

Kembalilah Sayangku 2


 

img_20161221_183517

 

AVINA termangu sendirian di bilik hotelnya. Sudah dua hari dia di Sarawak. Segala urusan spa ditutup operasinya buat seketika. Ingatannya terlayar jauh memikirkan kembali alasan yang diberikan oleh Fazril Shah. Terasa sukar untuk dia terima dan sukar bagi dirinya juga untuk percaya bulat-bulat mengenai kontroversi di antara tunangnya dengan Natalia Adam.

Zaman sekarang, semua teknologi sudah canggih. Macam-macam boleh terjadi. Manalah tahu ada yang sengaja mahu rosakkan Fazril dengan reka cerita sebegitu. Entah si Natalia ke atau seseorang yang diupah sengaja mahu menghancurkan perhubungan mereka berdua. Orang sekacak Fazril Shah itu memang banyak peminat. Ramai saja wanita yang menginginkannya. Kaya, hensem dan complete packagelah.

Lagipun tnangnya itu anak datuk. Siapa tidak kenal Datuk Fadhil Ghani. Seorang tokoh korporat yang disegani kerana sikap dermawan dan hartawan dengan semua orang. Fazril pula tidak lama lagi akan dilantik sebagai pengarah urusan merangkap pemegang syer Emas Holding Berhad. Mungkin ramai datuk-datuk, tan sri-tan sri yang berkomplot mahu menjatuhkan syarikat papanya. Siapa tahu.

Avina berdoa semoga ini semua khabar angin semata-mata. Dia terlalu sayangkan tunangnya serta tidak sanggup mendengar jika kontroversi itu benar-benar terjadi.

“Ya Allah, kuatkanlah hamba-MU ini…” bisik Avina dalam hati.

Ketukan di pintu bilik, mematikan lamunannya. Fazril Shah datang untuk mengajaknya keluar makan tengahari. Semalaman Avina tidak makan apa-apa. Semasa Fazril menghantar ke bilik hotel kelmarin, Avina hanya meminta tunangnya singgah kedai berhampiran membeli air tin Milo dan roti sahaja. Tidak ada selera makan katanya memikirkan berita kontroversi itu.

Fazril risau akan keadaan tunangnya itu. Avina sukar dibaca reaksi wajahnya apatah lagi ketika marah. Emosinya mudah berubah dan dia bimbang kalau-kalau Avina membuat sesuatu di luar jangkauan. Hati tunangnya itu terlalu lembut untuk disakiti. Puas dia yakinkan Avina yang dirinya tidak ada apa-apa pun dengan Natalia Adam. Fazril tidak pernah curang dengan tunang sendiri. Ya, memang dia ada keluar dengan Natalia, tapi ditemani dengan Joe dan teman wanitanya Shida. Ini sampai berpelukan di sebuah hotel, dia sendiri pun tidak tahu siapa punya angkara. Haish, pening kepalanya sudah.

 

“Vin, you masih fikirkan lagi pasal gosip I dengan Nat ke?” soalnya. “I swear, I tak pernah nak curang dengan you. Believe me.”

“Entahlah Faz. I don’t know how to say. I malu Faz. Malu!” ujarnya. “I malu dengan parents I, kawan-kawan I yang tahu pasal our relation. Susah bagi I nak percaya. Everything happened to fast, Faz.”

“Please Vin. Give me some time to make all thing clear. I promise to prove that the story not true.” ujarnya.

“Faz, I am sorry if i never being your good fiance since we are engage. But, it doesn’t mean i don’t care about you. I am really love you, Faz. I am sorry if I’ll bring upset on you and delay our wedding.” luah Avina seraya menundukkan pandangannya ke lantai meja makan di restoran tersebut.

Fazril Shah yang tersentak dengan tingkah laku Avina itu mula mengangkat dagu wanita dengan tangannya lalu mengesat airmata yang mengalir ke pipi mulusnya.

“Vin, I tak pernah marah you pun. Ya, memang I ada terasa sikit, tapi I tak tergamak nak buat you sedih dengan berita ni. You know me well, right. I takde girl lain selain you. Nat, tu kawan Shida. Memang I ada keluar dengan dia, tapi Joe dengan Shida ada sekali.” balasnya. “Dahlah, jangan nangis ea. Tak baik nangis depan rezeki. Wajah you pun nampak pucat aje. Makan sikit ya.” pujuknya lagi.

 

SEKETIKA itu di kediaman Natalia Adam di bandar Sarikei itu. Wajah model pan Asian itu sangat ceria sekali. Dibelek telefon bimbit miliknya berulang kali. Penuh gambar aksi dirinya dengan Fazril Shah di sebuah hotel. Gambar-gambar itu telah diambil oleh seorang fotografi yang diupah olehnya. Tujuannya mahu menghancurkan lelaki itu. Tergamak dia meninggalkan kawan baiknya. Fiona telah meninggal dunia kerana kecewa dengan hubungannya. Doktor mengesahkan Fiona mati kerana terlebih dos ubatan.

Hal ini menyebabkan Natalia Adam nekad mahu membalas dendam pada Fazril Shah. Dia bersumpah akan menuntut bela di atas kematian kawan baiknya. Fiona terlalu sayangkan lelaki itu sehingga sanggup buat apa saja termasuklah mati ketika dirinya ditinggalkan atas sebab lelaki itu ada perempuan lain.

“Puas hati aku Fazril Shah Datuk Fadhil. What you give, you get back. Rasakan!” ujarnya dengan nada suara yang tinggi. “Fi, I make sure that your boyfriend will be suffered. That my promise.”

 

FAZRIL SHAH menghantar Avina ke lapangan terbang Kuching awal pagi itu. Flight ke KL akan berlepas pada jam dua belas tengahari. Sempat Fazril memesan supaya jaga kesihatan dan jangan stress sangat. Dia beritahu lagi yang dia akan cepat selesaikan hal ini kemudian balik menetap KL dan mereka akan berkahwin. Avina memandang ke wajah tunangnya dan melemparkan senyuman sedikit.

Usai Avina berlepas, Fazril memulakan pemanduannya ke kota Samarahan untuk bertemu dengan Joe. Kawannya itu pasti tahu kejadian sebenar dan hanya Joe sajalah yang boleh tolongnya kerana dia sentiasa dengan Shida dan lagi Shida tentu boleh mengorek rahsia dengan kawannya, si model pan Asian itu.

 

“Nat, apa yang you buat ni, hah? Enough Nat, enough. Fi pun dah takde. I am sure Fi tentu tak suka apa yang you buat with her man.”

“Shut up, Shida! Fi, kawan I. I just wanna help her. Joe, baik you bawak balik Shida cepat sebelum pisau ni tembus perut dia,” ugutnya.

“Natalia, wait. I think you dah salah faham. Fazril takde kena-mengena dalam hal ni. Nah, tengok ni,” lengkingan kuat Joe sambil menunjukkan artikel majalah yang terpampang gambar Carlos dengan model antarabangsa.

Terbeliak mata Natalia Adam melihat artikel tersebut. Ah, tidak mungkin? Kenapa boleh jadi macam ini? Wajah Fazril Shah saling tidak tumpah dengan teman lelaki Fiona. Lidahnya terkedu lalu pisau di tangannya terjatuh ke lantai. Perlahan-lahan Shida merapati kawannya itu lantas memeluk erat. Joe segera mengambil pisau di atas lantai dan menyimpannya di dapur.

“I am sorry, Shida. I dah berdosa dengan Fazril. Gara-gara dendam I, Fazril dapat malu.” pintanya. “Joe, Fazril mana? I want to meet him.”

Joe yang sedang berdiri membelakangi pintu masuk segera membuang pandang ke tepi. Fazril Shah masuk setelah mendapat isyarat dari Joe. Nampaknya, dia memang telah mendengar semua rahsia yang telah diungkapkan oleh Natalia Adam. Tentang siapa Carlos dan Fiona. Sempat dia merekodkan di telefon untuk dijadikan bukti buat Avina kelak.

 

index

ALHAMDULILAH. Fazril Shah dan Avina telah selamat bernikah. Fazril telah mengotakan janjinya pada Avina untuk menetap terus di KL. Kerana cinta dan sayangnya pada Avina, dia rela melepaskan kerjaya jurutera itu dan bekerja dengan papanya. Datuk Fadhil dengan rasminya telah melantik Fazril selaku pemegang syer terbesar Emas Holding Berhad kerana dia satu-satunya pewaris lelaki sulung dalam keluarga mereka. Fazril juga menyandang jawatan pengurus kewangan sementara menunggu adik bongsunya yang sedang belajar di UK menggalas tanggungjawab itu. Fazrina sudah pun di tahun akhir pengajiannya.

Perniagaan Avril Spa & Beauty pula semakin mendapat tempat di mata pelanggan. Kini, perniagaan spa miliknya juga telah menjadi salah satu anak syarikat Datuk Fadhil. Avril Spa & Beauty juga telah membuka kelas asas solekan dan dandanan khusus buat generasi muda yang cenderung dalam bidang kecantikan ini.

Natalia Adam, menjalani kehidupan dalam dunia peragaan seperti biasa. Namanya sudah pun dibersihkan atas pertolongan Fazril Shah juga. Fazril mengatakan ianya hanya salah faham semata dan hakikatnya mereka cuma kawan baik saja. Fazril sangat berterima kasih dengan Joe dan Shida kerana membantu dia selesaikan masalah ini.

“I love you Avina Alias forever. You are my life, my heart and my soul…” luahnya dengan sepenuh hati kepada Avina.

Avina senyum dan pelukan mereka pun bertaut…

Tamat…

Kembalilah Sayangku, Kisah penulis, Sinopsis e-Cerita

Kembalilah Sayangku 1


img_20161221_183517

 

 

AVINA Alias, wanita berusia dua puluh enam tahun itu bekerja sebagai Beauty Advisor di pusat barangan serbaneka Guardian, Alamanda. Seorang yang berani serta tidak pernah putus asa dalam mengejar sesuatu yang diimpikan. Buktinya, Avina telah berjaya membuka sebuah pusat kecantikan spa sendiri sejak Januari 2015 yang beroperasi di Equine Park setelah dua tahun bekerja makan gaji.

Perniagaan Avril Beauty & Spa merupakan permulaan buat dirinya yang baru ingin berjinak dalam bidang perniagaan kecantikan. Perniagaan ini baru memasuki fasa setahun itu adalah hasil sumbangan modal bersama tunangnya, Fazril Shah.

 

FAZRIL SHAH, ย seorang jurutera di salah sebuah syarikat galian terkemuka Sarawak. Tiga bulan sekali dia akan balik ke Semenanjung untuk bertemu dengan Avina. Kesibukkan mereka berdua dengan urusan masing-masing menjadikan perhubungan mulai hambar dan tidak bermaya. Avina sudah kurang memberi perhatian setiap kali Fazril mengajak keluar. Alasan yang diberikan dia penat kerana terlalu memenuhi jadual pelanggan yang tidak pernah putus berkunjung ke spanya setiap hari. Hal ini membuatkan jiwa lelaki berusia dua puluh lapan tahun itu kesunyian dan bosan. Fazril merasakan yang tunangnya itu sudah jauh dan dia semakin tidak mengenali Avina Alias yang dahulunya seorang yang periang, lemah-lembut dan sentiasa bergurau dengannya.

Fazril sedikit terkilan setiap kali balik ke Kuala Lumpur. Dia merasakan kepulangannya itu disambut acuh tak acuh saja oleh Avina. Rindunya pada senyuman yang terpancar pada wajah wanita kacukan Malay-Germany suatu masa dulu membuatkan batinnya menjerit sepi. Namun, dia hanya bersabar dan melayan sahaja kerenah Avina yang suam-suam dengannya. Tunangnya itu terlalu obvious dengan kariernya sehingga bila diajak kawin pasti ada saja alasan yang diberikan. Avina sebenarnya terlalu sayang pada Fazril Shah, tetapi kerana mengejar kariernya, dia lupa yang dirinya itu tunangan orang. Namun, Avina seorang yang setia walaupun ramai di luar sana yang berebut menginginkannya. Baginya, cukuplah cinta dan sayangnya hanya untuk Fazril seorang.

Demi sebuah cinta kepada Avina, Fazril cuba menenangkan diri dan berharap satu hari tunangnya akan kembali menjadi seseorang yang diimpikan dulu.ย  Baginya, Avina over-commitment. Tunangnya itu sangat bercita-cita tinggi mahu menjadi pengusaha spa yang berjaya.

ย MAJALAH hiburan yang dibaca oleh Avina tiba-tiba jatuh ke lantai kedainya. Matanya terbuntang apabila terlihat wajah tunangnya terpampang di laman majalah bersama model jelita pan Asian.

“Model popular pan Asian, Natalia Adam terlihat intim dengan seorang jurutera muda, Fazril Shah Datuk Fadhil”

Air jernih mula mengalir keluar dari tubir matanya. Fikirannya mengimbas kembali saat dia menolak keputusan Fazril untuk berkahwin. Dia hanya memberikan alasan belum sedia untuk ke peringkat seterusnya memandangkan dia mahu fokus pada perniagaan spanya itu. Masih segar di ingatannya, wajah Fazril kelihatan tertekan dan kecewa dengan keputusan yang diungkapkan.

Tidak menyangka, esoknya Fazril Shah telah berlepas ke Sarawak tanpa bertemunya untuk mengucapkan selamat tinggal seperti selalunya sebelum pulang bertugas.

Datin Zulaika, mama Fazril Shah yang menjawab panggilan itu hanya mengatakan anak lelaki sulungnya itu sangat terburu-buru mahu pulang pagi itu. Katanya, banyak kerja perlu disiapkan sementelah sudah empat hari di KL. Mamanya juga memberitahu Fazril tidak sempat hendak bersarapan pagi. Takut tertinggal flight yang akan berlepas jam sebelas pagi.

Avina tidak menyangka peristiwa seperti ini boleh terjadi selepas dua minggu Fazril di Sarawak. Buntu kepalanya memikirkan hal perhubungan mereka. Tidak mungkin, sebab dirinya tidak melayan Fazril dan menolak lamaran berkahwin, tunangnya sanggup buat macam itu. Tidak! Dia percaya Fazril Shah bukan kaki perempuan. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan Fazril ini. Dia harus siasat.

PENERBANGAN ke Sarawak memakan masa dua jam setengah untuk sampai di lapangan terbang Kuching. Setelah mendapatkan perkhidmatan kereta sewa, Avina terus berkejaran ke pejabat Fazril Shah. Tombol pintu bilik pejabat Fazril Shah dipulas dan dibuka. Segera pandangannya menerpa ke arah Fazril. Suzi, pembantu peribadinya yang berada di sisi Avina cuba menahan daripada masuk. Lantas, Fazril membuat isyarat kepada Suzi supaya keluar dan meninggalkan mereka berdua di bilik itu.

Lengan Avina dipegang dan dibawa duduk ke sofa. Fazril mengeluh seketika. Lidahnya kelu tidak berbahasa. Pasti Avina kecewa melihat kontroversi yang melanda dia dengan Natalia tempoh hari. Papanya pun sudah beberapa kali menelefon supaya dia segera selesaikan masalah ini. Dia harus membersihkan kembali namanya, nama papanya juga prestasi syarikatnya. Dia tidak mahu perkara ini menjejaskan perniagaan yang sudah dibangunkan dua puluh tahun itu. Dia stress. Dilihat Avina yang berada di sisinya hanya menakup muka dengan kedua belah tangan menahan esakan.

Bersambung…

Kisah penulis

Alkisah sebentuk cincin…


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca kesayangan NA semua…

 

Alhamdulilah, dah 9 hari kita umat Islam seluruh dunia berpuasa dalam bulan Ramadhan nie. Kurang 21 hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan iaitu hari raya kannn. InsayAllah, semoga kita sama-sama rasai kemeriahannya, aminnn…. ๐Ÿ™‚

Sebenarnya, NA just nak buat entry berkaitan cincin. Ha, macam tajuk di atas tu. “Alkisah sebentuk cincin”…

ring 1

ring 2

Sumber dari : Google image

Kenapa cincin??? Whyyyy?

Susah betul la nak pakai cincin. Ade saja yang cakap cincin nie untuk orang yang tunang la, kawin la. Kalau yang single lagi tak boleh pakai. Habis camne tu. Bukan ke perempuan sukakan barang2 kemas? So, kalau dah keje, ade kemampuan, belilah kalau nak pakai. Setakat satu dua bentuk takpela nak pakai. At least, kita rasa puas beli dengan hasil penat lelah sendiri.

Macam tu la NA rasa. Sebab cincin, ada yang cakap NA dah tunang. Hurmm, kena gosip bagai. Sebab tu NA cakap susah jadi NA nie. Macam2 kena lalui, kena hadapi. Yang penting, mental dengan hati kena kuat meh. Walhal, NA biase jer orangnya. Bukannya retis popular. Just blogger biase yang baru mula nak naik. Selit-menyelit antara blogger femes lain antaranya macam Emas Putih, AkuPenghibur, Maria Elena, Fatin Liyana dan lain-lain… hahahaaa ๐Ÿ˜‰

Sometimes, susah jugak kalau fikir apa yang orang lain akan cakap, terlalu mengambil tahu hal kita. Rasa macam sedang diperhatikan. Kita pun tak selesa kan kalau setiap hari, setiap masa, setiap ketika akan ada yang nak tahu pasal kita. Sebab tu, cara NA suka menyendiri, bukan selfish ea. Tapi, sebab perlukan tempat untuk berdiam diri dan hanya blog jadi medium penulisan yang bebas untuk berkongsi. NA bukanlah pendiam sangat orangnya. Tapi, boleh dikira pemalu jugaklah… hehehee ๐Ÿ˜›

Okla, kita make a short this entry. Sebab cincin, manusia akan fikir macam-macam. Just NA advice, jagalah diri sendiri dan buat saja apa yang dirasakan betul bagi kita. Sebab kalau nak ikutkan kata orang, sampai bila-bila pon takkan pernah habis. Dan, satu lagi selagi kite bernafas di muka bumi ini, buatlah yang baik-baik saja pada orang. Its ok, kalau ada yang buat tak elok dengan kita, cuba bersihkan hati, lapangkan jiwa, muhasabah diri balik apa yang tak betulnya kita. Maafkan orang sebelum tidur pon adalah satu terapi terbaik bagi otak kita sebabnya kita takkan rasa beban dan sarat memikirkannya. Dan, kalau boleh doakan yang baik-baik saja pada orang meskipun hati kita sakit macam mana sekalipun. Sebab, kuasa sebuah doa amat luar biasa sekali. Sangat mustajab dan sungguh ajaib kerana sebutir doa dapat mengubah seseorang itu jadi baik atau sebaliknya. Just percaya dan yakin saja pada doa yang kita pohon pada Allah swt.

Sampai di sini sajalah topik kita. Memang entry cincin nie sangat shortcut, tapi di sebaliknya ada maksud lain yang NA cuba nak sampaikan. Bersama-samalah kita muhasabah diri dan cuba menjadi yang lebih baik walaupun kadang-kadang kita bukanlah yang sebaik atau sesempurna para wali dan sewaktu dengannya. Wallahualam…

Salam sayang, NA

Kisah penulis

Hadiah buat hati


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

kkk

 

Salam Jumaat kepada semua pembaca setia blog NA yang mengikuti tak kiralah di streaming apa sekalipun sama ada Facebook, Twitter,ย  Instagram, Youtube atau di mana jua anda berada. NA ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda mengikuti setiap perkembangan dari mula NA bermula dalam bidang penulisan nie…

Buat kesekian kalinya, NA panjatkan rasa syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menikmati alam ciptaan Allah Azza Wa Jalla yang maha agung ini. Dan juga, setinggi-tinggi terima kasih buat anda yang tak putus-putus menyokong serta membaca segala perkongsian, penceritaan dalam blog NA yang tak seberapa nie.

Pejam celik, pejam celik, dah dua tahun setengah dalam dunia blogging nie. Awal tahun depan (2015), genaplah tiga tahun. Walaupun jumlah rating dan viewer tidaklah setinggi blog-blog terhebat yang ada masakini, tapi NA berpuashati kerana dengan blog nie la, NA dapat meluahkan segala suka-duka, pahit getir cabaran dan yang paling penting lagi tak perlu nak tulis dalam buku diari lagi (macam zaman sekolah dulu2) heheheeee…

Tiada apa yang paling berharga selain dapat berkongsi segala pengalaman, kisah-kisah kita dan perjalanan yang dapat memberikan sedikit kekuatan buat orang-orang sekeliling yang memerlukan semangat untuk terus bangkit menempuhi hari mendatang. Kalau ada yang terkurang, tersalah sebut di mana-mana ayat atau tersentuh pada mana-mana topik yang dicerita @ dikongsi itu semua secara kebetulan saja. NA tak bermaksud apa2 pon sebab itu semua liku2 perjalanan NA sendiri sejak dari zaman pengajian lagi. NA menyusun sepuluh jari di bulan mulia nie memohon maaf. Kosong-kosong yer… ๐Ÿ™‚

Apa yang penting sekarang nie, mari semua kita beristiqomah menuju jalan kebaikan. Semakin meningkat usia, menjadikan semakin pendek dan singkat perjalanan hidup kita. NA tak nak jadi yang sempurna tapi cukuplah cuba menjadi yang terbaik. Bagi NA, sekarang nie kalau ada seseorang yang benar-benar ikhlas mahu melamar hati nie, asalkan dia sempurna agamanya dan dapat membimbing NA menuju ke jalan Syurga, NA akan terima dengan sepenuh hati. Sebab NA memang ingin berubah setulus hati dari segala perangai gila-gila dulunya… hahahaaa ๐Ÿ˜€

NA akui memang seorang yang happening dan sporting dengan sesiapa tak kira rakan laki atau perempuan suatu masa dulu, tapi itu tak bermakna NA boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan batas-batas pergaulan. Yang penting, iman kita masih kuat dan tak diganggu gugat oleh apa jua keadaan. InsayAllah, selamatlah kita walau di mana kita berada sekalipun.

Sebenarnya, menulis nie sangat seronok pada yang betul-betul minat. NA tak pernah expect yang NA boleh menulis sejauh nie. Zaman U dulu, just main-main jer. heheheee

Semoga NA diberikan kesempatan untuk berkarya juga selepas nie. Best jadi freelancer sebab kita boleh buat apa saja yang kita nak. Dunia sekarang, pekerjaan terlalu limit kuotanya. Hanya yang terpilih akan dapat bekerja. Setuju tak???


Kepada siapa yang ada kelebihan/bakat tu, carilah ia sebelum terlambat. NA percaya mesti ada punya yang tersembunyi dalam diri masing-masing.

Apapun, teruskan membaca pre novel Mahligai Kasihmu dalam laman nie. Dan, doakan yer semoga ada rezki berjaya di publish kelak.
Semoga dengan kelahiran karya sulung ini dapat memberikan inspirasi buat NA untuk terus berkarya. Dan juga mencapai impian untuk menjadi seorang novelis yang berjaya satu hari nanti. Yang penting, Doa, Usaha, Ikhlas serta Tawakal. Pasti ada keajaiban kelak. Yakin itu pasti!!!

Terima kasih daun keladi diucapkan pada semua pembaca. Tidak ada apa yang dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sayang sejuta kali sayang buat anda….muaxxxx โค ๐Ÿ˜‰

Kisah penulis

Tragedi MH370 memberikan kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat…


Bismillah,

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera… ^___^

 

MH370

 

Oleh kerana misteri kehilangan pesawat MH370 ini sudah menjadi isu dunia, NA nak kongsikan sedikit kata-kata semangat kepadaย  seluruh rakyat Malaysia dan di luar negara. NA pun amat sedih sebenarnya dan setiap kali solat, tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat penumpang dan krew anak kapal dan mengharap semoga ada keajaiban yang tiba dari Allah swt.

 

Sebagai umat Islam khususnya, haruslah percaya bahawa ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki itu adalah datang darinya Allah swt kan. Jadi, sebagai seorang muslim yang percaya pada Qada dan Qadar Allah, kena perlu bersedia mental dan fizikal dan sentiasa tenang dan sabar menghadapi ujianNYA. Ya, NA tahu memang sedih sangat bila kehilangan orang yang kita sayang walaupun tragedi ni tak ada kaitan dengan mana-mana ahli keluarga NA setakat ni, NA turut rasa sedih dan simpati atas apa yang berlaku ni. Boleh nak menangis, bukan tak boleh. Tapi, dalam masa yang sama, perlu kuatkan hati dan cuba ikhlaskan segala yang berlaku ni. Percayalah, Allah swt itu tahu setiap apa yang terjadi. Cuma perlu berdoa, berdoa dan teruskan berdoa tanpa pernah mengenal erti putus asa.

 

Sebenarnya, orang yang diuji itu bukan sebab Allah swt murka tetapi sebaliknya Allah swt semakin sayang dan bertambah sayang serta dikuatkan keimanan setiap hambaNya itu. Allah swt sangat merindui untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya. Sebab itulah, Dia turunkan ujian dan bukan untuk menganiaya tapi sebab untuk mendidik kita supaya sabar dan kuat semangat.

 

Cuba renungkan sejenak;

Kalau kita minta pada manusia berulang-ulang kal, sudah tentu manusia akan marah kan, “ko ni tak faham bahasa Melayu ke, aku cakap takde, takdelah.” , “ko ni aku pon susah, camne nak tolong ko.” dan macam-macam ayat yang keluar kan. Percaya tak? Mesti ada yang pernah alami situasi macam ni kan.

Sebaliknya, kalau kita minta pada Allah swt, berdoa, merayu, meminta sampai menangis-nangis, merintih dan sebagainya, Allah swt tak pernah marah pon walaupun orang tu dulunya hidup terumbang-ambing, tak solat, tak puasa, tapi kalau dia bertaubat dan doa banyak-banyak pasti akan dipermudahkan. Pertolongan Allah swt itu pasti datang buat hamba-hambaNya yang sabar dan ikhlas berdoa.

Baiklah, di bawah ni NA sediakan cara mengawal tekanan agar kita semua dapat menjadi tenang dan boleh menerima secara baik apa yang terjadi okayyy ๐Ÿ™‚

Cara mengurus tekanan (stress):

1)ย  Tarik nafas dalam-dalam serta hembuskannya;

2) Alihkan diri dari terlalu banyak berfikir dan jangan mendengar sebarang khabar angin yang hanya boleh

ย ย ย ย  menambahkan tekanan lagi;

3) Fokus pada perkara yang positif dan media-media yang boleh dipercayai;

4) Carilah kaunselor atau doktor pakar motivasi untuk mendengar dan membantu masalah anda;

5)ย  Sentiasa dekatkan diri dengan Allah swt seperti bersolat sunat dan berdoa dengan sepenuh hati (untuk yang beragama Islam). Pada yang beragama lain, buatlah upacara keagamaan masing-masing;

6) Akhir sekali, sabar dan ikhlaskan diri. Hati yang ikhlas, jiwa pun tenang.

p/s: NA doakan segala persoalan ni berakhir dengan baik. Hidup atau mati sekalipun, NA harap kita semua termasuk keluarga yang terlibat akan menerima dengan positif dan tenang. Sebagai manusia biasa, kita hanya perlu berdoa sahaja agar didatangkan keajaiban kelak. InsayAllah ๐Ÿ˜‰

Salam sayang, NA