Motivasi, Reviews, Santai

Neelofa, Ikon Usahawan Wanita Popular


Bismillah,

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 15 Ramadhan khusus pembaca muslimin dan muslimah NA yang mengikuti pembacaan korang tak kira di pelusuk mana berada sekalipun. Thanks and so terharu sangat, sobs T_T

 

 

 

 

Ok, bercakap pasal Neelofa atau Lofa, mesti dah terlintas dalam fikiran. Oh yang pengasas Naelofar Hijab tu kan. Ladyboss yang cantik manis dengan gaya makeup ala-ala nude atau yang natural la senang cerita. Sebab entahlah, Lofa pakai makeup ke tak, still nampak cantik. Memang orang Kelantan ni semua pakat comel-comel belaka agaknya. Duduk bawah lindungan bulan barangkali, eh, hehe

Wanita berusia 28 tahun itu juga sangat petah berkata-kata dan semestinya mempunyai followers yang ramai. Boleh dikatakan mempengaruhi jugalah. Sebab tu, shawl dia senang terkenal merata tempat. NA sendiri merasai jenis kainnya. Memang lembut bak baldu. Berbaloi dengan harga yang dalam lingkungan 70-80 macam tu. Satu lagi, Lofa ni memang ada daya tarikan tersendiri. Tak tahu lah tarikan macam mana, tapi sejak berhijab ni, makin cantik berganda-ganda pulak. Kagum dan terinspirasi kejap ๐Ÿ˜‰

 

 

Sumber : Google Imageย 

 

 

Baru-baru ni, NA ada baca artikel (ย malaysiakini.comย )ย yang mengatakan Naelofar Hijab dan berlegar-legar di udara. Dipakai oleh pilot wanita. Fuh, makin berkobar rasanya ni nak jadi macam Lofa. Maybe, lepas ni generasi muda-mudi yang lain akan turut sama teraspirasi untuk membuka legasi tudung? Hah, siapa tahu kan.

Dan, memang sekarang pasaran tudung dah macam-macam. Ramai je nak ada jenama sendiri, tak kurang juga yang memang suka buat koleksi peribadi atau ada juga yang memang suka-suka beli kain berela-ela kat Jakel, Kamdar, Gulatis ke pastu jahit. Senang kan. Ikut citarasa sendiri. Nak labuh, nak singkat, nak terus sarung (instant) tak payah brooch bagai, nak buat fesyen, etc, etc lagi.

Sesungguhnya, rezeki itu datangnya dari Allah. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal sahaja. Dan satu lagi, masa depan orang tu berbeza-beza. Mungkin, ada yang hari ni jatuh, esok dan boleh bangun dengan jayanya. Ada yang jatuh dalam jangka masa yang lama, baru dapat merasa kejayaan dan kesenangan. Semua itu ada hikmah yang tersendiri. Yakinlah dengan kekuasaanNYA dan anggaplah yang terjadi pada diri itu adalah ujian untuk kita terus bangkit. InsayAllah, semua boleh berjaya. Amin ๐Ÿ™‚

 

NA: Hashtag LofaNA pulak la. Asyik Lofattah je, hehe

 

Salam sayang, NA โค

Advertisements