Reviews, Santai, Sensasi

Emage Style Empowerment


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA semua,

Allahumma Soibban Naffi’an. Ya Allah, jadikanlah hujan yang turun membasahai seluruh muka bumiMu ini dipenuhi dengan barakah dariMu dan selamatkanlah penduduk Islam di Syria dan seluruh pelusuk dunia juga. Amin, amin, amin ya robbal a’lamin…

Before that, sorry because writing in mix language, haha 😀 . Sometime, making ‘rojak’ for awhile. Sebab NA study flyer pun in English kan.

 

EMAGE EMPOWERMENT. Don’t confuse yet. Simply means but maybe the different word you can see right. Emage is show the word IMAGE. Plus, Empowerment is to give power or authority. The same meaning to show an authorize for instance by legal or official. So, combination both of word image empowerment is tell us how we can be good in way to empowering your image style as business people nowaday.

And this program will be guide us especially the business people, entrepreneur and the future entrepreneur outside to come and join this seminar. Two speaker whose very high influential person have invited to be with us together for sharing their talk on how to build (3E) concepts; Energize, Enhance and Empower you in Appearance, Behaviour also Communication. This program under HRDF (Human Resource Department Fund) which inspired by International Award Certified Image & Etiquette Consultant, Ms Evelyn Ch’ng and Celebrity Image Consultant, Ms Wawa Idris. Two name that we never denied because both of them are superb women. Ms Evelyn also member to AICI (Association Image Consultants International) and Ms Wawa is the founder of Imaan Suci Wipe, being familiar known in circle of blogger also public as easy makeup removal tissue.
From photo banner, you will be learn (6H); how to discover. how to identify, how to build, how to polish and how to master in your passion and values to selling product/services, your confident level, the way to create client relationship, your personality like manner or body language in business etiquette when meeting client. Although, you also learn how to be presentable and good looking in make up and hairstyling . Most importance, you will be know the ultimate to position yourself in package SUPERSTAR and thus the FREE dining dinner for you.

 

 

 

 

 

SPEAKER EMPOWERMENT. Speaker mean person who suitable to give talk to others. So, who person deserved to give talk? Of course we are who brave come in front. One more thing, the business person, the entrepreneur and the netpreneur are the suitable person to give talk. Because, these person are the knowledgable in many aspect. To be a business person, we must be enough knowledges thus be kind to another. To deal with client or any event management, the business people must be friendly, smile and act good manner.

Maybe, you are now as ordinary person and followers only. But, impossible one day you are the leader,who know? So, just be positive and think good. There had show three (3) days in banner which you can learn to be great speaker empowerment and closing skills with using (5P) to create a Million Dollar speaking system.

 

 

That’s all from NA. More about program, just calling 012 3927848 or 019 236 3907. Let’s be a STAR in your life now. Join us. Until we meet again in next entry. Wish me luck all 😉

Love,

NA ❤

Advertisements
Kisah penulis, Reviews, Santai, Sensasi

Kimchi Untuk Awak


Bismillah,

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA…

Anneyong haseyo (hello), Eotteoke jinaesimnikka ? (apa khabar?) Je ireum-eun Nisa (nama saya Nisa) Bangapseumnida  (salam perkenalan) semua 😉

Eh, Ke Korean Ke Kita? Ok, sampai sudah Jeju Island ni, sambil makan kimchi pulak kan, hahaha (dalam mimpi, atas flight 😀 ) Hmm, tapi sebenarnya memang ke Seoul pon (dalam panggung, bulan Mac ni tengok Aiman Hakim dengan Emma Maembong) untuk satu siri drama adaptasi Kimchi Untuk Awak (KUA)

 

kk

 

So, pendekkan cerita, NA share sedikit resepi kimchi untuk kita sama-sama cuba buat ye. Pertama kali makan kimchi dengan BFF masa di IOI Mall, Puchong. Dekat salah satu restoran Korean, Sopong tak silap. Memang pure and original masakan korean dia. Sometime, fikir balik sebab apa orang-orang korea, macam retis dorang cantik, fit, hensem ? Sebabnya, dorang ni menjaga dari segi pemakanan rupanya. Betul kan? NA makan dekat restoran tu, semangkuk nasi dengan apa nama makanan berkuah merah (tak ingatlah pulek, hehe) dah rasa kenyang. Maybe, beras dorang kot yang menyebabkan kenyang. Berbalik pada kimchi, ia sejenis sayuran kobis panjang  dan lobak merah. Makan sayur banyak takpe sebab sayur tu kan menyihatkan. Berbanding nasi, karbohidrat dan serapan kanji yang tinggi (macam nutritionist je)

 

 

 

Bahan utama;

3 biji kobis panjang (dipotong panjang dan diperap dengan air garam selama sejam dua)

 

Untuk Pes Gula;

2 cawan air

2 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar gula turbinado/gula perang/gula biasa – mana-mana suka

 

Untuk Perasa;

24 ulas bawang putih (dicincang halus)

1/2 halia (dicincang halus)

1 biji bawang besar (dicincang halus)

1/2 cawan sos ikan

1/4 cawan udang kering (saujeot)

1 sudu besar pes ikan bilis / ikan bilis yang dikisar – mana-mana suka

2 sudu besar serbuk cili (gochugaru)

 

Sayuran;

2 cawan radish (lobak bulat – dihiris nipis) – *kalau takde, gantikan lobak biasa

1-2 batang lobak merah – dihiris nipis

8 batang scallion – kalau takde, gantikan dengan daun bawang

 

Cara membuatnya;

  1. Basuh kobis panjang yang diperap dengan air garam hingga bersih. (Bahan Pes Gula – masukkan air dan tepung pulut ke dalam periuk dan masak selama 10 minit hingga mendidih. Kemudian, masukkan 2 sudu besar gula pasir dan kacau selama 1 minit. Tutup api dan sejukkan.
  2. Masukkan bawang putih + bawang besar + halia ke dalam mangkuk besar.
  3. Tuangkan sos ikan + pes ikan bilis / ikan bilis + udang kering + serbuk cili dan gaul rata sehingga adunan pekat. Campurkan bersama Pes Gula tadi. Inilah yang dipanggil Pes Kimchi (rencah dia sebelum kobis dimasukkan)
  4. Masukkan sayuran radish + lobak merah + scallion / daun bawang pula dan gaulkan.
  5. Masukkan kobis panjang dan sebatikan.
  6. Sejukkan dalam peti dan bolehlah dihidangkan.

 

kkm

 

kimchi

Selamat mencuba 🙂

Salam sayang, NA ❤

Reviews, Santai, Sensasi

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my


Bismillah,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Gong xi, Gong xi. Happy Chinese New Year pada chinese readers dan wishes of great luck bagi NA untuk win this contest, Aminnn…

Lama rasanya tak join mana-mana giveaway, haha

 

cny17

http://www.nile.com.my/page.php?cd=120

Pastu buat ape ea? Eh, kena pilih item la. Hah, 5? Banyaknya 😀 Okay, NA pilih dulu ye 😉

cny-1

Product: Cardigan

CNY2017 Sales price: RM24.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 96 units only

cny-3

Product: Male/ Female Canvas Shoes

CNY2017 Sales price: RM15.50
Date: 13/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

cny-4

Product: High-Heel Sandal

CNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 13/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only

600x300-cmlj00382

Product: Storage Box

CNY2017 Sales price: RM19.90
Date: 19/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only

cny-6

Product: Woman bag

CNY2017 Sales price: RM29.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 450 units only

Done! Semoga ada rezeki, InsayAllah. Jom korang. Sape lagi nak join? Cepat, cepat. Gudluck!

Salam sayang, NA ❤

Kisah penulis, Motivasi, Reviews, Santai, Sensasi

Lara Cinta Ameena


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA semua…

Salam Jumaat serta salam Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam seluruh pelusuk dunia. Bersama-samalah kita saling mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam Rohingnya. Semoga dengan sedikit doa dapat memberikan kekuatan buat mereka sekeluarga.

Allahuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar!

 

Berbalik kepada tajuk entry sebenar kita semula 🙂

 

lca-4

 

lca-1

Lara Cinta Ameena (LCA) menyingkap kisah masyarakat yang sedia ada di sekeliling kita. Ianya bukan sekadar naskhah cinta semata-mata, tetapi lebih kepada perhubungan dua darjat yang berbeza di mana ditonjolkan dua watak utama, Radhuan (Raja Afiq DFKL), seorang yang berada dan kaya dan Ameena (Tiz Zaqyah), seorang anak yatim piatu dibesarkan di pusat kebajikan dan tidak berpelajaran tinggi.

Tak salah jika mahu melihat harta, wang mahupun kuasa tapi jangan terlalu cepat untuk menghukum orang begitu mudah tanpa meneliti seseorang itu secara terperinci seperti yang dilakukan oleh Puan Kirana (Fazlina Ahmad Daud) terhadap menantunya. Apa yang cuba dilihat di sini, macam tidak adil jika manusia itu terus dihukum, ditindas, dicerca kerana masa silamnya. Setiap orang berhak mendapat peluang tak kira anak datuk mahupun anak penjual roti sekalipun. Mungkin ada yang cuba pertikaikan status hubungan atau melihat pada kedudukan, memang tidak salah tapi yang seharusnya kita lihat adalah keikhlasan dan kejujuran hati seseorang. Rupa yang kacak atau cantik itu bonus sebenarnya.

Terus-terang diperkatakan hari ini, semua manusia bermacam-macam perangai dan sifat. Memang susah dah nak percaya orang apatah lagi baru sekali dua mengenalinya. Bukan nak tuju pada sesiapa, tapi hanya berdasarkan pada pemerhatian sekeliling dan sekadar menterjemahkan LCA yang sebenar di mata kita, yakni dunia realiti. LCA memang benar-benar memberikan impak kepada kita supaya “don’t judge book by the cover” dan “don’t judge person by outside.”

lca-2

lca-6

lca-5

lca-9

lca-8

lca-7

Ehsan : Google 

 

Sebuah naskhah arahan Shuhaimi Lua ini memang terbaik dan bukan kisah adaptasi novel.

Congratulation! Jom layan MV Segalanya dari Haqiem Rusli yang merupakan single lagu OST drama ni.

 

 

Allahumma Solli A’la Muhammad…

 

Salam Sayang, NA ❤

Reviews, Santai, Sensasi

Patahnya Sebelah Sayap


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang NA kasihi. Salam ceria dan salam Jumaat khusus pembaca muslimin dan muslimah. Semoga dipermudahkan segala urusan seharian kita dan diberkati rezeki sentiasa.

NA kembali lagi dengan segmen review drama selepas Lambaian Ramadhan di slot Samarinda beberapa bulan lalu. Kali ini lebih dasyat lagi drama Patahnya Sebelah Sayap (PSS) terbitan Creative Skill Solution di bawah arahan Ayie Mustafa yang memulai siarannya pada 20 September dengan menampilkan tiga pelakon utama Ummi Nazeera , Aeril Zafriel ,  Izzue Islam. Juga dibantu oleh Wawa Zainal , Neera Azizi , Syainie Aida, Putra Amaris, Normah Damanhuri (pelakon utama Nek Mis).

PSS satu lagi drama yang membuatkan semua penonton sangat beremosi lagi-lagi watak Amzar. NA sampai nak belasah je Amzar tu. Tapi, Izzue tak la. hehe 😀 Ayah NA pun minat cerita ni selain yang drama bersiri hindi setiap Isnin hingga Khamis, Razia Sultan, jam 4 petang tu. Fuhhh, boleh haru dibuatnya melayannya. Sambil ketap bibir tahan marah. Sabo jelah NA kan, haha.

By the way, siapa yang minat sangat dengan Khuzairi, Alisha dan Amzar serta nak tshirt untuk kenangan PSS, boleh terus ke Page di bawah dan tempah untuk Batch kedua. Ada dua jenis, lengan pendek dan panjang. Design 100% cotton, saiz dari XS hingga 5XL. Tempahlah sekarang kerana tshirt ni sangat limited dan edisi eksklusif khas untuk peminat PSS dan hero heroin yang cun melecun ni. Aww, buat NA melting tengok Khuzairi ni. Mahu pengsan jumpa depan-depan ni, haha

So, terus ke Page untuk membuat tempahan. Mesej in personal untuk tahu lebih lanjut. Siapa tak sayang Alisha, Khuzairi dan Amzar kannn 😉

 

pss

Sumber : Page Patahnya Sebelah Sayap

 

 

Sinopsis

Kisah terjadi apabila Amzar (Izzue Islam) yang telah melanggar isteri Khuzairi (Aeril Zafriel), Tania (Wawa Zainal) dan kemudian meletakkan kesalahan itu ditanggung oleh Alisha (Ummi Nazeera) sehingga dia dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Alisha kemudian bekerja sebagai Tea Lady di syarikat Khuzairi tanpa mengetahui langsung Amzar bekerja di situ sebagai peguam syarikat. Pelbagai cara dilakukan oleh Amzar untuk menutupi kesalahannya sehingga dia membuat helah supaya Alisha dibenci oleh Khuzairi. Alisha berhenti kerja atas sebab tidak mahu melihat muka bos merangkap kekasihnya itu setelah dirinya dituduh membunuh Tania dan Khuzairi pula tidak memberi sedikit ruang untuk Alisha menerangkan kejadian sebenar yang berlaku dua tahun lepas. 

14595616_1782394015308848_6720021819718994307_n

Lengan pendek RM50

14572338_1782393991975517_9000415307542310991_n

Lengan panjang RM55

**FREE POSTAGE UNTUK SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK

Jom NA belanja satu lagu OST dari Estrange featuring Fazura – Hancur Aku. Memang hancurlah kau Amzar. Kau tunggulah nanti!!! Hahahaaaa, emo punya pasal, ngeeee………….

Salam sayang, NA

Santai, Sensasi

Akadku Yang Terakhir


Bismillah…
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca kesayangan NA semua.
NA kembali dengan review novel dari sis Acik Lana. Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dan, of course novelis kesayangan NA jugak. Semua novel-novel beliau jadi koleksi NA kot  🙂
Ini adalah kali ketiga novel beliau diadaptasi ke drama selepas Aku Bukan Mistress dan Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang kedua-duanya ditayangkan di slot Akasia TV3.
**Untuk review MJATS, boleh klik link Analisis Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Namun, kali ini novel AKYT sangat berlainan kerana ianya ditayangkan di Astro Prima @ MayaHD dengan penampilan hero heroin baru, Amar Bahrain dan Tiz Zaqyah. Terdapat 43 episod semuanya dan NA kira ini adalah drama berdurasi lama berbanding dua novel berikut. Fuhhh, pasti lebih sengit dan penuh konflik ni (dahi yang berkerut mula mengeluarkan peluh) hahaha
***Yang tak dapat tengok tu, korang boleh Subcribe link ni dulu  The USD Channel
            <><><><><><><><><>
Bila doktor psiko bertemu lelaki duda psiko? Korang rasa? Hmm, pening si Dr Rania Baheera melayan kerenah Mr Irham Zahri. Sabo jelah Rania oiii…. hehee 😀
AKYT
 
SINOPSIS

TUGAS sebagai seorang Pakar Psikoterapi menemukan Rania Baheera dengan seorang duda tampan, segak dan bergaya bernama Irham Zahri. Duda yang seorang ini benar-benar menyakitkan kepala. Mana tidaknya? Tiga kali berkahwin. tiga kali juga Irham Zahr bercerai tanpa sebab! Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat diri Irham Zahri. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumahtangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan perasaan syak wasangka, curiga dan cemburu buta. Kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq semakin menyukarkan laluan mereka menuju bahagia. Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal ke hujung nyawa?

“Abang janji abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila. Selagi abang bernyawa, selagi abang bernafas di dunia ini, abang janji sayang adalah cinta terakhir abang.” Irham Zahri.

WATAK-WATAK

  • Amar Bahrain (Irham Zahri)
  • Tiz Zaqyah (Rania Baheera)
  • Fiqree Bakar (Fazriq)
  • Mardiana Alwi (Zulin)
  • Nina Nadira (Zalia)
  • Ainul Aishah (Rose)
  • Riz Amin (Daniel)
  • Rusdi Ramli (Tuan Alauddin)
  • Kuza (Puan Badariyah)
  • Dian P Ramlee (Pn Rashida)
  • Zulkiflie Ismail (En Affendi)

DLL…………

 

 

AKYT 2

 

AKYT 4

 

AKYT 1

 

AKYT 6

 

Sedikit sedutan lagu tema @ OST dari Faizal Tahir yang dibuat khas untuk drama ini. Bait-bait lirik terindah serta liku-liku perjalanan seorang Rania Baheera yang bersabar atas sikap suaminya, Irham Zahri sehingga akhirnya dapat mengecapi kebahagiaan.

Dengarlah dari hati dan hayati maksud di sebalik lagu Menang;

 

Salam sayang NA, lebiuuuu ❤ ❤

Sensasi

Uda dan Dara


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kesayangan NA dan juga peminat-peminat novel plus drama tanahair.

NA come back again dengan novel review yang NA sendiri memang tengah melayan keromantikan abang sado Malaya kite. Ala, buat-buat tak tahu pulak kan. Ha, siapa lagi kalau bukan Zul Ariffin, nama yang cukup besar dalam industri seni ni. Hero hensem macam tu, yang melting jantung setiap kali tengok drama.

Dari kapten Zill Faezrul (Rindu Awak 200%) beralih ke Airil (Istikharah Cinta) yang kedua-duanya merupakan slot Akasia TV3. Kini, beralih ke Astro Prima dengan memegang watak Izzat Hilman dalam slot Uda dan Dara, sebuah karya adaptasi novel Aisha Sofea (Penerbitan Alaf 21).

Aisha Sofea, satu nama besar juga yang tidak asing dalam industri penulisan kreatif. Kebanyakkan novel-novel yang ditulis berkisarkan penuh asam garam kehidupan sekeliling. Pendek kata, memang ada jiwalah bila membacanya. Ada feels orang cakap. Lagi pula, bagi NA kalau tengok drama kena tengok hero heroin dulu. Baru semangat katanya. Sodap sikit mato eden ni (bak kato orang nogori kan). Eh 😀

 

kkkIhsan : Google image

Uda-Dara-324x160Ihsan : Google Image

Sinopsis di sebalik Uda dan Dara yang NA telah ringkaskan serba sedikit;

PERHUBUNGAN dua hati di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman yang rapat sejak kecil lagi musnah bila kakak Hilman mendapat tahu adiknya bertemu semula cinta lamanya setelah lama terpisah kerana mengejar cita-cita masing-masing. Gara-gara sebuah wasiat ibunya, arwah Mak Cik Zainab ingin menjodohkan Hilman dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa dan mengambil keputusan terburu-buru untuk menerima orang lain dalam hidupnya.

Ditambah penghinaan secara berterusan dari Hilman yang mengejeknya gadis gemuk yang tidak cantik serta memori cinta zaman kanak-kanak mereka, Siti Mariam membawa deritanya hingga dewasa. Dia nekad dan berusaha untuk jadi langsing dan cantik apabila dewasa kelak supaya orang dapat memperkatakan keadaannya. Perasaan bencinya kepada lelaki yang bernama Izzat Hilman sentiasa membuak sehingga dia tidak mahu percaya kepada lelaki sebegitu. Sentiasa mahu bercakaran dan bertengkar sahaja apabila mereka berjumpa. Kenangan silam yang cukup menghiris hati Siti Mariam sentiasa bermain di matanya. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Siti Mariam akui walaupun sejauh mana dia berlari, tetapi masih terselit jua rasa rindu di sebalik bencinya terhadap Hilman. Dia tidak mampu membuang perasaan sayang pada lelaki itu. Namun, hatinya hampa bila memikirkan wasiat arwah ibu Hilman. Kemunculan Khalidah juga seakan telah dirancang bagi memisahkan hubungan mereka. Siti Mariam cuba menepis perasaan sendiri dengan menetapkan perhubungan di antara mereka akan berterusan tetapi bersyarat. Mereka berdua boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Fuh! Selesai sudah. Berpeluh juga dahi NA nak buat ringkasan sinopsis ni. Tapi takpe. Nama pun penulis mesti boleh buat punya. Lagipun, NA menulis apa yang NA baca dan tonton berdasarkan penghayatan sendiri. Okla, jom NA belanja satu vc dari OST drama ni. Tengok vokal penyanyi pun bukan calang-calang punya orang. Misha Omar dan Hafiz Suip, dua-duanya penuh aura, dua-duanya ada nama sendiri.

Role VC….. 🙂

Selamat menonton Uda dan Dara ya 😉

Salam sayang, NA

Sensasi

iPhone 5s gajet impian setiap blogger


Bismillah…

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog NA yang amat dikasihi lagi disayangi sekalian. Lama rasanye NA tak update entry kan. Almaklumlah, duk menyiapkan penulisan manuskrip pertama Mahligai Kasihmu. BTW, kalau siapa yang pernah mengikuti perkembangan NA, mesti tahu pasal cerita nie. Boleh rujuk di ruangan ilham-sulungku untuk tahu kisah percintaan di antara Dr Fakhruddin Zainal dengan Dr Aina Batrisya hokeyyy… Oops! selingan kejap…heheee

Baiklah, kita teruskan pada topik utama yang akan NA kongsikan special pada korang semua. Ianya berkaitan  mengenai topik yang dirasakan tersangat hangat membara dan berapi-api nie. (chewahhh, berkobar-kobar NA kannn). Apapon, topik nie sudah sering sangat diperkatakan di kalangan blogger-blogger terhebat masa kini.

 

Screen-Shot-2013-09-10-at-3.17.28-PM

 

 

Hurmmm, iPhone 5s gajet impian setiap blogger. Macam best jer, macam syok jer kalau boleh dapat satu kan. Sape tak nak kan. Eh! rezki jangan ditolak, bala jangan dicari, betul tak?! hehehee. Senang kan lepas nie nak update blog tak kira di mana jua berada. Nak selfie pon boleh.Cuma, jangan selfish dahlah ea. Tapi, ada ker yang bermurah hati nak bagi kat kita kannn. Ermmm, actually adalah tu yang nak bagi. Mak ai, tiga unit iPhone 5s untuk dimiliki kepada yang bertuah.

Korang tentu pernah dengar kan nama blog denaihati.com.[Hidupkan Untuk Memberi] Blog terbaik dan palingggggggg Da Boom untuk era masakini yang memaparkan isu-isu semasa yang hot dari oven dan meletooop-letooop tu. Dan, blog nie juga pernah memenangi tiga kategori antaranya seperti 1) Best of Best Blog 2012, 2) Most Creative Blog 2013 dan 3) Best Personal Blog 2013. Percayalahhhh~~~(dah macam Dato Siti Nurhaliza pulak nyanyi NA nie kannnn) hahaha…

 

JADINYA!!!

 

NA nak join this contest jugaklah. NA nak bersama-sama merasai kehangatan dan kemeriahan dengan para blogger lain dan juga nak mengenali sesama blogger yang ada dalam arena blogging masa kini. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan pada blog denaihati.com  sebab dah anjurkan contest yang awesome nie. Semoga NA ada rezeki untuk memenanginya kelak. InsayAllah, aminnnn 😉

 

Info Contest;

  • Tulis satu entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  • Satu backlinks kepada blog Denaihati
  • Senaraikan blog penaja (seperti di bawah);

 

1.  http://ejamothman.com/
2. http://www.eridy.com/
3. http://www.hilalazmi.com/
4. http://eizil.com/
5. http://alansarhealth.com/
6. http://www.syuhada1981.com/
7. http://www.diarymama.com/
8. http://pendekarberkuda.org

9.    http://www.saji.my
10. http://abangensem.com
11. http://www.enveeus.com
12. http://www.pakarniaga.com/
13. http://anarm.net/
14. http://www.daddydee.net
15. http://www.sunshinekelly.com

16. http://sweetkurma.com
17. http://awn.my
18. http://mawarmerah2008.com
19. http://www.blogieta.com/
20. http://www.broframestone.com
21. http://akmaomar.com
22. http://khairilmazri.com

23. http://amariman.com

 

 

Bersamalah kita meramaikan this contest nie yer. Dan, jangan lupa teruskan sokong NA untuk berkarya. Hurmmm,dup dap dup dap jantung nie. Nerveous tunggu MK dibukukan akan datang. Penantian itu suatu penyeksaan kann. Doakan NA ok. TQ UoLsssss…… muaxxxx ❤