koleksi drama dan filem, Reviews, Santai, Sensasi

KGTStar semakin mendapat sambutan para penggiat seni Kedah


Bismillahirrahmannirrahim…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan AiNA yang diingati serta disayangi selalu ❤

AiNA doakan semoga kita semua dijauhkan dari virus Covid 19 yang sedang melanda dunia sekarang. Sebelum itu, jom tadah tangan dan aminkan doa ini bersama ya 🤗

 

Baiklah, seperti yang tertera pada tajuk utama, KGTStar semakin mendapat sambutan para penggiat seni Kedah, jom kita rungkai apa yang menarik untuk bulan Mac ni.

KGTStar merupakan salah sebuah platform yang menggabungkan bakat-bakat seni terpendam tanahair untuk diketengahkan kepada umum dan juga media massa.

Dr Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London adalah penasihat aktiviti seni bagi KGTStar. Beliau juga adalah Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan seorang yang berpengaruh dalam dunia industri kreatif ini.

 

 

KGTStar baru sahaja selesai mengadakan aktiviti perjumpaan yang diadakan pada Jumaat, 06 Mac 2020 di Berangan Pool Cottage , Sg Petani, Kedah. 

KGTStar mempunyai enam orang teraju utama yang terdiri daripada pengasas juga penyunting drama dan filem, Kak Dee, Zue Afiela, Angah, Izham, Umi Amalina dan abah Zaki.

Untuk pengetahuan, perjumpaan ini adalah untuk membincangkan aktiviti penggambaran drama pendek khas raya yang akan dijalankan pada 27, 28 dan 29 Mac di Baling. Beberapa orang pelakon telah digariskan termasuklah dua orang artis popular yang pernah dikenali dengan watak Kamala dalam Senario Lagi (Bobby Kiran) dan Rafique dalam Diari Ramadan Rafique (Hassan Mirsad Kulasic) selain watak-watak tambahan yang lain. Drama ini akan ditayangkan di saluran utama Youtube KGTStar Channel

 

 

 

Kepada anda yang ada bakat tidak kira menulis, melukis, menyanyi, berlakon, mengarah atau apa-apa saja, sila layari laman web www.kgtstar.com atau follow instagram kgtstar.official untuk maklumat selanjutnya.

Sekian, terima kasih

With love,

Nisa Ahmad @ AiNA ❤

16 thoughts on “KGTStar semakin mendapat sambutan para penggiat seni Kedah”

  1. best la dorang buat mcmni … za suka tgk short film / drama dari yg pjg2 meleret ni…janji lakonan mantap , jalan cerita menarik dah cukup dah …

  2. Dah besar Rafique ye… teringat masa zaman tengok Diari Ramadhan dulu-dulu… kiranya KGTSTAR ni untuk mencungkil bakat-bakat baru la ni… all the best dan semoga mereka dalam industri terus berkarya dalam jalanNya…

  3. wow. bagus ni. mencungkil bakat terpendam
    bersama dlm satu grup, saling membangunkan bakat bersama.
    kena diwar-warkan dgn lebih meluas ni.
    sgt perlu artis yg berbakat dlm negara.

  4. Wah menarik juga bila adakan aktiviti macam ni. Boleh cungkil bakat baru yang mempunyai minat menulis, melukis, menyanyi, berlakon, mengarah dan lain-lain. Terbaiklah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s