Kisah penulis, Motivasi

Tetap Dalam Jiwa


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA semua. Salam ketiga syawal kepada muslimin muslimat seantero dunia dan istimewa buat sahabat nun jauh di Morocco, happy eid. Alhamdulilah, we meets up again for this year. Really miss your family, both cute childrens ๐Ÿ˜‰

Selepas entry pasal Lofa achievement ramadhan lepas, kini tampil dengan topik baru. Dulu-dulu masa study, NA banyak sangat cita-cita. Dari gelaran model di sekolah rendah oleh kawan sekelas, wartawan tak bertauliah sebab takde rezeki untuk kos Mass Comm, jadi budak Marketing pun syukurlah. Tu yang terasa agak friendly je sembang orang. Ha, jangan terkejut. Nampak macam pemalu, pendiam tapi bila dah betul-betul kenal, boleh haru dunia jadinya, haha, sabo jelah ๐Ÿ˜€

Ok, panjang pulak briefnya kan. Kita terus pada topik yang semestinya kalau dengan NA ni tajuk cinta memanjang. Eh, bukan cinta pada manusia je tau. Cinta ni luas pengertian sebenarnya. Cinta pada Allah swt, cinta pada nabi dan rasul, cinta pada ibu bapa, cinta pada saudara seIslam dan bla bla blaaa…

Dan lagi, yang paling penting malah lebih penting ialah cinta pada diri sendiri, cinta pada kehormatan dan maruah diri especially yang namanya wanita. NA kesian tengok wanita yang dikecewakan, disakiti, dilukai dan lain-lain lagi hanya sebab cinta yang tak kesampaian atau cinta dalam hati. Wah, dah macam motivator pulak, tetibe, hehe

Kadangkala sesuatu perkara atau seseorang yang kita berkehendak itu tak selalu akan dapat dengan mudah. Dan, bila sesuatu yang kita tidak berkehendak itulah yang semakin mendekat. Sebab Tuhan tahu apa yang baik dan tidak baik untuk hambaNya. Makanya, bila bercinta itu bersederhana sahaja. Tidak perlu berlebih-lebihan kerana kita tak tahu siapa jodoh sebenar kita. Mencari cinta itu mudah, tetapi mencari cinta sejati itu yang susah. Cinta sejati itu cinta yang tulus ikhlas. Cinta yang sanggup menerima baik buruk pasangan dan tidak mengira rupa paras fizikalnya. Lumrah, orang berbadan besar ni lebih penyayang dari yang perasan bagus, hensem sebab yang perasan ni selalunya dia akan anggap, “Aku petik 1 jari, 10 akan bersusun datang. Pilih je yang mana nak…” Random untuk lelaki atau perempuan. Tak perlu nak tuding jari pada sesiapa. Tengok diri sendiri dan perbaikilah sebelum menegur orang lain. Fair and square ๐Ÿ˜‰

 

 

Dicintai dan mencintai itu sangat berbeza sekali. Untuk merasa dicintai, kita harus belajar mencintai diri sendiri dan penting belajar mencintai Allah dan Rasul dengan lebih dekat dan rapat. Perbanyakkan istighfar dan sujud padaNya. Tambahlah ibadah lain seperti bersolat sunat dua rakaat. Solat sunat taubat, tahajjud, hajat dan Dhuha. Baca Al Quran walau hanya beberapa ayat sahaja dan hadam maksudnya. InsayAllah, bila kita cuba berubah, jodoh kita akan cuba untuk berubah juga. Dan, kamu akan bertemu juga yang pantas untukmu. Wallahualam

 

Sumber : Google Imageย 

 

Akhir kata, jadikan kenangan itu satu batu loncatan untuk terus berubah ke arah kebaikan. Yang pergi biarkan terus berlalu, yang kecewa dan terluka bangkit dan lihatlah ramai lagi yang mahukanmu. Cuba buka hati dan beri peluang kepada yang ikhlas dengan kamu. Yang terindah datang hanya sekali, yang terpahat biarlah Tetap Dalam Jiwa

 

Salam Sayang, NA โค

Advertisements

5 thoughts on “Tetap Dalam Jiwa”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s