Kisah penulis, Reviews, Santai, Sensasi

Kimchi Untuk Awak


Bismillah,

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA…

Anneyong haseyo (hello), Eotteoke jinaesimnikka ? (apa khabar?) Je ireum-eun Nisa (nama saya Nisa) Bangapseumnida ย (salam perkenalan) semua ๐Ÿ˜‰

Eh, Ke Korean Ke Kita? Ok, sampai sudah Jeju Island ni, sambil makan kimchi pulak kan, hahaha (dalam mimpi, atas flight ๐Ÿ˜€ ) Hmm, tapi sebenarnya memang ke Seoul pon (dalam panggung, bulan Mac ni tengok Aiman Hakim dengan Emma Maembong) untuk satu siri drama adaptasi Kimchi Untuk Awak (KUA)

 

kk

 

So, pendekkan cerita, NA share sedikit resepi kimchi untuk kita sama-sama cuba buat ye. Pertama kali makan kimchi dengan BFF masa di IOI Mall, Puchong. Dekat salah satu restoran Korean, Sopong tak silap. Memang pure and original masakan korean dia. Sometime, fikir balik sebab apa orang-orang korea, macam retis dorang cantik, fit, hensem ? Sebabnya, dorang ni menjaga dari segi pemakanan rupanya. Betul kan? NA makan dekat restoran tu, semangkuk nasi dengan apa nama makanan berkuah merah (tak ingatlah pulek, hehe) dah rasa kenyang. Maybe, beras dorang kot yang menyebabkan kenyang. Berbalik pada kimchi, ia sejenis sayuran kobis panjang ย dan lobak merah. Makan sayur banyak takpe sebab sayur tu kan menyihatkan. Berbanding nasi, karbohidrat dan serapan kanji yang tinggi (macam nutritionist je)

 

 

 

Bahan utama;

3 biji kobis panjang (dipotong panjang dan diperap dengan air garam selama sejam dua)

 

Untuk Pes Gula;

2 cawan air

2 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar gula turbinado/gula perang/gula biasa – mana-mana suka

 

Untuk Perasa;

24 ulas bawang putih (dicincang halus)

1/2 halia (dicincang halus)

1 biji bawang besar (dicincang halus)

1/2 cawan sos ikan

1/4 cawan udang kering (saujeot)

1 sudu besar pes ikan bilis / ikan bilis yang dikisar – mana-mana suka

2 sudu besar serbuk cili (gochugaru)

 

Sayuran;

2 cawan radish (lobak bulat – dihiris nipis) – *kalau takde, gantikan lobak biasa

1-2 batang lobak merah – dihiris nipis

8 batang scallion – kalau takde, gantikan dengan daun bawang

 

Cara membuatnya;

  1. Basuh kobis panjang yang diperap dengan air garam hingga bersih. (Bahan Pes Gula – masukkan air dan tepung pulut ke dalam periuk dan masak selama 10 minit hingga mendidih. Kemudian, masukkan 2 sudu besar gula pasir dan kacau selama 1 minit. Tutup api dan sejukkan.
  2. Masukkan bawang putih + bawang besar + halia ke dalam mangkuk besar.
  3. Tuangkan sos ikan + pes ikan bilis / ikan bilis + udang kering + serbuk cili dan gaul rata sehingga adunan pekat. Campurkan bersama Pes Gula tadi. Inilah yang dipanggil Pes Kimchi (rencah dia sebelum kobis dimasukkan)
  4. Masukkan sayuran radish + lobak merah + scallion / daun bawang pula dan gaulkan.
  5. Masukkan kobis panjang dan sebatikan.
  6. Sejukkan dalam peti dan bolehlah dihidangkan.

 

kkm

 

kimchi

Selamat mencuba ๐Ÿ™‚

Salam sayang, NA โค

Advertisements

2 thoughts on “Kimchi Untuk Awak”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s