Kisah penulis, Motivasi, Reviews, Santai, Sensasi

Lara Cinta Ameena


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA semua…

Salam Jumaat serta salam Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam seluruh pelusuk dunia. Bersama-samalah kita saling mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam Rohingnya. Semoga dengan sedikit doa dapat memberikan kekuatan buat mereka sekeluarga.

Allahuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar!

 

Berbalik kepada tajuk entry sebenar kita semula ๐Ÿ™‚

 

lca-4

 

lca-1

Lara Cinta Ameena (LCA) menyingkap kisah masyarakat yang sedia ada di sekeliling kita. Ianya bukan sekadar naskhah cinta semata-mata, tetapi lebih kepada perhubungan dua darjat yang berbeza di mana ditonjolkan dua watak utama, Radhuan (Raja Afiq DFKL), seorang yang berada dan kaya dan Ameena (Tiz Zaqyah), seorang anak yatim piatu dibesarkan di pusat kebajikan dan tidak berpelajaran tinggi.

Tak salah jika mahu melihat harta, wang mahupun kuasa tapi jangan terlalu cepat untuk menghukum orang begitu mudah tanpa meneliti seseorang itu secara terperinci seperti yang dilakukan oleh Puan Kirana (Fazlina Ahmad Daud) terhadap menantunya. Apa yang cuba dilihat di sini, macam tidak adil jika manusia itu terus dihukum, ditindas, dicerca kerana masa silamnya. Setiap orang berhak mendapat peluang tak kira anak datuk mahupun anak penjual roti sekalipun. Mungkin ada yang cuba pertikaikan status hubungan atau melihat pada kedudukan, memang tidak salah tapi yang seharusnya kita lihat adalah keikhlasan dan kejujuran hati seseorang. Rupa yang kacak atau cantik itu bonus sebenarnya.

Terus-terang diperkatakan hari ini, semua manusia bermacam-macam perangai dan sifat. Memang susah dah nak percaya orang apatah lagi baru sekali dua mengenalinya. Bukan nak tuju pada sesiapa, tapi hanya berdasarkan pada pemerhatian sekeliling dan sekadar menterjemahkan LCA yang sebenar di mata kita, yakni dunia realiti. LCA memang benar-benar memberikan impak kepada kita supaya โ€œdonโ€™t judge book by the coverโ€ dan โ€œdonโ€™t judge person by outside.โ€

lca-2

lca-6

lca-5

lca-9

lca-8

lca-7

Ehsan : Googleย 

 

Sebuah naskhah arahan Shuhaimi Lua ini memang terbaik dan bukan kisah adaptasi novel.

Congratulation! Jom layan MV Segalanya dari Haqiem Rusli yang merupakan single lagu OST drama ni.

 

 

Allahumma Solli A’la Muhammad…

 

Salam Sayang, NA โค

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s