Reviews, Santai, Sensasi

Patahnya Sebelah Sayap


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang NA kasihi. Salam ceria dan salam Jumaat khusus pembaca muslimin dan muslimah. Semoga dipermudahkan segala urusan seharian kita dan diberkati rezeki sentiasa.

NA kembali lagi dengan segmen review drama selepas Lambaian Ramadhan di slot Samarinda beberapa bulan lalu. Kali ini lebih dasyat lagi drama Patahnya Sebelah Sayap (PSS) terbitan Creative Skill Solution di bawah arahan Ayie Mustafa yang memulai siarannya pada 20 September dengan menampilkan tiga pelakon utama Ummi Nazeera , Aeril Zafriel ,  Izzue Islam. Juga dibantu oleh Wawa Zainal , Neera Azizi , Syainie Aida, Putra Amaris, Normah Damanhuri (pelakon utama Nek Mis).

PSS satu lagi drama yang membuatkan semua penonton sangat beremosi lagi-lagi watak Amzar. NA sampai nak belasah je Amzar tu. Tapi, Izzue tak la. hehe 😀 Ayah NA pun minat cerita ni selain yang drama bersiri hindi setiap Isnin hingga Khamis, Razia Sultan, jam 4 petang tu. Fuhhh, boleh haru dibuatnya melayannya. Sambil ketap bibir tahan marah. Sabo jelah NA kan, haha.

By the way, siapa yang minat sangat dengan Khuzairi, Alisha dan Amzar serta nak tshirt untuk kenangan PSS, boleh terus ke Page di bawah dan tempah untuk Batch kedua. Ada dua jenis, lengan pendek dan panjang. Design 100% cotton, saiz dari XS hingga 5XL. Tempahlah sekarang kerana tshirt ni sangat limited dan edisi eksklusif khas untuk peminat PSS dan hero heroin yang cun melecun ni. Aww, buat NA melting tengok Khuzairi ni. Mahu pengsan jumpa depan-depan ni, haha

So, terus ke Page untuk membuat tempahan. Mesej in personal untuk tahu lebih lanjut. Siapa tak sayang Alisha, Khuzairi dan Amzar kannn 😉

 

pss

Sumber : Page Patahnya Sebelah Sayap

 

 

Sinopsis

Kisah terjadi apabila Amzar (Izzue Islam) yang telah melanggar isteri Khuzairi (Aeril Zafriel), Tania (Wawa Zainal) dan kemudian meletakkan kesalahan itu ditanggung oleh Alisha (Ummi Nazeera) sehingga dia dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Alisha kemudian bekerja sebagai Tea Lady di syarikat Khuzairi tanpa mengetahui langsung Amzar bekerja di situ sebagai peguam syarikat. Pelbagai cara dilakukan oleh Amzar untuk menutupi kesalahannya sehingga dia membuat helah supaya Alisha dibenci oleh Khuzairi. Alisha berhenti kerja atas sebab tidak mahu melihat muka bos merangkap kekasihnya itu setelah dirinya dituduh membunuh Tania dan Khuzairi pula tidak memberi sedikit ruang untuk Alisha menerangkan kejadian sebenar yang berlaku dua tahun lepas. 

14595616_1782394015308848_6720021819718994307_n

Lengan pendek RM50

14572338_1782393991975517_9000415307542310991_n

Lengan panjang RM55

**FREE POSTAGE UNTUK SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK

Jom NA belanja satu lagu OST dari Estrange featuring Fazura – Hancur Aku. Memang hancurlah kau Amzar. Kau tunggulah nanti!!! Hahahaaaa, emo punya pasal, ngeeee………….

Salam sayang, NA

Advertisements

1 thought on “Patahnya Sebelah Sayap”

  1. Assalamualaikum NA, saya Saria dari Singapura. Saya sangat2 kagum dan meminati Drama PSS ini. Apatah lagi 3 pelakun utama yang memang saya hormati dan kagum akan bakat mereka. Dalam drama ini khususnya semua pemilihan pelakun bagi watak dalam drama ini sangat bertepatan. Sebagai penonton saya tidak ragu ragu memberi Rating yang tertinggi untuk keseluruhannya. Terus terang saya katakan macam tak puas menonton sekali dan macam tak cukup melihat kesudahan drama ini tanpa melihat reaksi orang tua kuzairi menerima alisya dalam keluarga berada itu… atau mungkin tak puas tak dapat melihat babak2 bahagia pasangan alisya dan kuzairi di raikan dalam majlis pernikahan atau ke tahap hingga berkeluarga….
    Apa yang istimewa tentang drama ini ialah plot nya dan mesej nya. Saya berkongsi kedua dua faktor ini dengan anak anak saya sehingga kan mereka dalam diam diam pun menonton nya. Padahal mereka tidak minat atau boleh di katakan tidak suka menonton drama melayu.
    Syabas dan tahniah pada pengarah dan semua yang terlibat menjayakan drama ini terutama seua pelakun pelakun hebat yang sangat saya minati… pelakun veteran terbaik Normah Damanhuri patut di beri pujian dan penghargaan.
    Saya ada pertanyaan untuk NA, adakah cerita ini di petik dari sebarang novel? Kalau ada Saria ingin dapatkan buku ini../ tolong share dengan saya… my email; notasaria@gmail.com.sg
    Satu lagi NA, bole saria dapatkan t shirt lengan panjang?
    Salam perkenalan dari saya untuk NA sampai jumpa lagi dan menulis lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s