Santai, Sensasi

Akadku Yang Terakhir


Bismillah…
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca kesayangan NA semua.
NA kembali dengan review novel dari sis Acik Lana. Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dan, of course novelis kesayangan NA jugak. Semua novel-novel beliau jadi koleksi NA kotย  ๐Ÿ™‚
Ini adalah kali ketiga novel beliau diadaptasi ke drama selepas Aku Bukan Mistress dan Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang kedua-duanya ditayangkan di slot Akasia TV3.
**Untuk review MJATS, boleh klik link Analisis Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Namun, kali ini novel AKYT sangat berlainan kerana ianya ditayangkan di Astro Prima @ MayaHD dengan penampilan hero heroin baru, Amar Bahrain dan Tiz Zaqyah. Terdapat 43 episod semuanya dan NA kira ini adalah drama berdurasi lama berbanding dua novel berikut. Fuhhh, pasti lebih sengit dan penuh konflik ni (dahi yang berkerut mula mengeluarkan peluh) hahaha
***Yang tak dapat tengok tu, korang boleh Subcribe link ni duluย  The USD Channel
ย  ย  ย  ย  ย  ย  <><><><><><><><><>
Bila doktor psiko bertemu lelaki duda psiko? Korang rasa? Hmm, pening si Dr Rania Baheera melayan kerenah Mr Irham Zahri. Sabo jelah Rania oiii…. hehee ๐Ÿ˜€
AKYT
ย 
SINOPSIS

TUGAS sebagai seorang Pakar Psikoterapi menemukan Rania Baheera dengan seorang duda tampan, segak dan bergaya bernama Irham Zahri. Duda yang seorang ini benar-benar menyakitkan kepala. Mana tidaknya? Tiga kali berkahwin. tiga kali juga Irham Zahr bercerai tanpa sebab! Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat diri Irham Zahri. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumahtangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan perasaan syak wasangka, curiga dan cemburu buta. Kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq semakin menyukarkan laluan mereka menuju bahagia. Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal ke hujung nyawa?

“Abang janji abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila. Selagi abang bernyawa, selagi abang bernafas di dunia ini, abang janji sayang adalah cinta terakhir abang.” Irham Zahri.

WATAK-WATAK

  • Amar Bahrain (Irham Zahri)
  • Tiz Zaqyah (Rania Baheera)
  • Fiqree Bakar (Fazriq)
  • Mardiana Alwi (Zulin)
  • Nina Nadira (Zalia)
  • Ainul Aishah (Rose)
  • Riz Amin (Daniel)
  • Rusdi Ramli (Tuan Alauddin)
  • Kuza (Puan Badariyah)
  • Dian P Ramlee (Pn Rashida)
  • Zulkiflie Ismail (En Affendi)

DLL…………

 

 

AKYT 2

 

AKYT 4

 

AKYT 1

 

AKYT 6

 

Sedikit sedutan lagu tema @ OST dari Faizal Tahir yang dibuat khas untuk drama ini. Bait-bait lirik terindah serta liku-liku perjalanan seorang Rania Baheera yang bersabar atas sikap suaminya, Irham Zahri sehingga akhirnya dapat mengecapi kebahagiaan.

Dengarlah dari hati dan hayati maksud di sebalik lagu Menang;

 

Salam sayang NA, lebiuuuu โค โค

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s