Sensasi

Uda dan Dara


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kesayangan NA dan juga peminat-peminat novel plus drama tanahair.

NA come back again dengan novel review yang NA sendiri memang tengah melayan keromantikan abang sado Malaya kite. Ala, buat-buat tak tahu pulak kan. Ha, siapa lagi kalau bukan Zul Ariffin, nama yang cukup besar dalam industri seni ni. Hero hensem macam tu, yang melting jantung setiap kali tengok drama.

Dari kapten Zill Faezrul (Rindu Awak 200%) beralih ke Airil (Istikharah Cinta) yang kedua-duanya merupakan slot Akasia TV3. Kini, beralih ke Astro Prima dengan memegang watak Izzat Hilman dalam slot Uda dan Dara, sebuah karya adaptasi novel Aisha Sofea (Penerbitan Alaf 21).

Aisha Sofea, satu nama besar juga yang tidak asing dalam industri penulisan kreatif. Kebanyakkan novel-novel yang ditulis berkisarkan penuh asam garam kehidupan sekeliling. Pendek kata, memang ada jiwalah bila membacanya. Ada feels orang cakap. Lagi pula, bagi NA kalau tengok drama kena tengok hero heroin dulu. Baru semangat katanya. Sodap sikit mato eden ni (bak kato orang nogori kan). Eh ๐Ÿ˜€

 

kkkIhsan : Google image

Uda-Dara-324x160Ihsan : Google Image

Sinopsis di sebalik Uda dan Dara yang NA telah ringkaskan serba sedikit;

PERHUBUNGAN dua hati di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman yang rapat sejak kecil lagi musnah bila kakak Hilman mendapat tahu adiknya bertemu semula cinta lamanya setelah lama terpisah kerana mengejar cita-cita masing-masing. Gara-gara sebuah wasiat ibunya, arwah Mak Cik Zainab ingin menjodohkan Hilman dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa dan mengambil keputusan terburu-buru untuk menerima orang lain dalam hidupnya.

Ditambah penghinaan secara berterusan dari Hilman yang mengejeknya gadis gemuk yang tidak cantik serta memori cinta zaman kanak-kanak mereka, Siti Mariam membawa deritanya hingga dewasa. Dia nekad dan berusaha untuk jadi langsing dan cantik apabila dewasa kelak supaya orang dapat memperkatakan keadaannya. Perasaan bencinya kepada lelaki yang bernama Izzat Hilman sentiasa membuak sehingga dia tidak mahu percaya kepada lelaki sebegitu. Sentiasa mahu bercakaran dan bertengkar sahaja apabila mereka berjumpa. Kenangan silam yang cukup menghiris hati Siti Mariam sentiasa bermain di matanya. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Siti Mariam akui walaupun sejauh mana dia berlari, tetapi masih terselit jua rasa rindu di sebalik bencinya terhadap Hilman. Dia tidak mampu membuang perasaan sayang pada lelaki itu. Namun, hatinya hampa bila memikirkan wasiat arwah ibu Hilman. Kemunculan Khalidah juga seakan telah dirancang bagi memisahkan hubungan mereka. Siti Mariam cuba menepis perasaan sendiri dengan menetapkan perhubungan di antara mereka akan berterusan tetapi bersyarat. Mereka berdua boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan.

โ€œAbang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.โ€

Fuh! Selesai sudah. Berpeluh juga dahi NA nak buat ringkasan sinopsis ni. Tapi takpe. Nama pun penulis mesti boleh buat punya. Lagipun, NA menulis apa yang NA baca dan tonton berdasarkan penghayatan sendiri. Okla, jom NA belanja satu vc dari OST drama ni. Tengok vokal penyanyi pun bukan calang-calang punya orang. Misha Omar dan Hafiz Suip, dua-duanya penuh aura, dua-duanya ada nama sendiri.

Role VC….. ๐Ÿ™‚

Selamat menonton Uda dan Dara ya ๐Ÿ˜‰

Salam sayang, NA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s