Santai

Indahnya nikmat bersyukur itu


Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog yang NA kasihi semuanya. Hurmmm, lama rasanya tak update entry kan. Alkisahnya, busy bebenor la dengan keje. Dah macam workaholic pulak kannn NA nie… heheeee ^_^

Ok, sebelum kita mulakan topik, marilah bersama-sama panjatkan ribuan doa kepada jemaah-jemaah haji yang telah meninggalkan dunia yang fana ini. Sesungguhnya, ajal dan maut tidak mengira di mana kita berada. Jadi, beringatlah kita selagi kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertaubat sebanyak yang boleh…

Innalillahiwainna ilaihi rojiun… Daripada Allah kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali. Harap semua ahli keluarga para jemaah diberikan ketabahan dan kesabaran serta redha dengan segala ketentuanNYA. Al Fatihah…

al fatihah Sumber gambar : https://www.facebook.com/Alumni-Jemaah-Haji-Malaysia-362546357153443/timeline/

                                                                       >>>>>>>>><<<<<<<<<<

Move forward pada entry kali ini, NA hanya nak berkongsi bagaimana rezeki yang diperolehi boleh cukup???

Biasanya, kalau kita lihat orang sekeliling especially yang kerja makan gaji, pasti dilanda masalah kewangan kan. Duit tak pernah cukup, bayar itu, bayar ini. Komitmen dengan itu, komitmen dengan ini dan macam-macam lagilah. Tak kiralah yang dah kawin atau yang masih single mingle lagi. Semuanya kalau melibatkan duit memang tak pernah cukup. Belum lagi nak bagi tiap-tiap bulan kat parents kan.

Hurmmm! Cuba renung balik, berapa perbelanjaan kita setiap bulan? Setakat gaji 1000 – 2000, pastu belanja melebihi gaji, memang tak pernah cukup.

Macam NA sendiri, kalau nak ikutkan duk keje KL, dengan gaji hampir-hampir 2K, bulan-bulan wajib bagi parents at hometown, ulang-alik keje naik cab lagi, nak makan lagi. Cuma rumah jer tak payah bayar sewa sebab duk company hostel.

Sebenarnya, kalau nak ikutkan NA nie tak pernah cukup duit. Tapi, alhamdulilah selama setahun keje nie, rezeki sentiasa murah. Simple jer nak bagi rezeki kita sentiasa murah even gaji bukanlah 3K ke atas.

***Tips dia hidup dalam hidup nie kita kenalah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Sentiasa positif dan bersangka dengan orang sekeliling kita. Biar orang buat jahat dengan kita, tapi kita jangan sesekali berbuat jahat dengan orang. INGAT TU!!! Selalu bersedekah even sepuluh sen. Belanja orang even hanya sekeping roti dan air kotak milo dan niat harus ikhlas. Tak perlu nak ungkit bila kita dah bagi. Selalu memaniskan muka dengan memberikan senyuman. Kerana SENYUMAN itu juga satu sedekah.***

That easy kan. So, lepas nie kita semua yang keje makan gaji insayAllah duit tu akan sentiasa mencukupi. Dan, yang paling penting di sini, ada masa buatlah solat Dhuha, baca surah Waqiah, surah Al Mulk. Juga, amalkan ayat seribu dinar seperti yang NA paparkan di bawah;

ayat 1000 dinar

   Sumber : Google image

Sampai sini sajalah NA boleh share untuk kebaikan kita semua. Alangkah indahnya jika kita bersyukur. Kerana dalam bersyukur itu banyak nikmatnya. InsayAllah, rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Maybe, rezeki NA banyak dalam sumber wang tapi tidak dalam soal hati dan perasaan. Ujian setiap manusia itu berbeza. Dan, NA cuba untuk redha dan positif atas ujian cinta yang telah diberikan oleh Allah swt. Barangkali, DIA lebih tahu yang terbaik. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha ke arah kebaikan. Amin ya Robbb………..

Sekian, Wasalam……..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s