Santai

Ahlan ya Ramadhan…


Bismillah…

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca NA yang amat dikasihi.

kkk

Pejam celik, pejam celik, sekarang dah pun bulan 5 kan. Kurang dari sebulan saje lagi nak masuk bulan 6 dan lagi 2 bulan mengikut kalendar Islam kita akan menyambut kehadiran puasa. Bulan yang sangat baik untuk kita ni especially umat Islam nak tambah pahala kan.

Ha? NA nak tanya koranglah yang gegurl tu, dah ganti ke belum puasa? Kalau rase ade yang tertinggal tu, ganti-gantilah cepat sebab ni dah bulan Rejab. Nanti nak masuk Syaaban. Takut bila dah masuk Ramadhan, yang mana tak habis ganti akan dikenakan denda pulak. Hurmmm, kesian korang kena buat double nanti. huhuuuuu

llll

Bila sebut puasa jer, mesti banyak persoalan yang bersarang dalam fikiran kite kan. Antaranya seperti berikut;

*************************************************************************************************

S1. Adakah minda dan fizikal benar-benar bersedia?

ย J: Baiklah, berkaitan dengan soalan ni, sebenarnya Ramadhan adalah amalan yang datang setahun sekali di mana kita semua especially umat Islam WAJIB berpuasa. Bagaimanapun, untuk mengetahui sama ada minda dan fizikal kita benar-benar bersedia, cuba kita tengok satu contohlah, kalau kita rasa lapar, automatiknya minda dah programkan perkataan lapar dan terus memberikan signal ke seluruh badan yakni fizikal kita akan jadi lemah dan tak bermaya kan. Ha, jelasnya di sini sama macam puasa, untuk menjadikan puasa di bulan Ramadhan kita diberkati, kita bukan sahaja berpuasa semata-mata, tetapi dari sudut pancaindera (fizikal) kena puasa. Tak boleh mengata, sentiasa cuba untuk bersedekah even seringgit kepada fakir miskin dan lain-lain lagi.

 

S2. Apakah input Ramadhan yang sudah kita kutip dan simpan dalam memori kita?

J: Sebenarnya, apa yang telah kita kutip dan simpan sebagai input Ramadhan ialah amalan-amalan yang telah kita buat semasa di bulan Rejab dan Syaaban lagi. Misalnya, puasa sunat di bulan Rejab @ Syaaban boleh menambahkan iman kita di saat-saat sedang menunggu kehadiran Ramadhan kelak. Hadis Imam Bukhari mengatakan “Kewajipan sebelum beramal adalah berilmu.” di mana tanpa ilmu bagaimana sesuatu amalan itu dapat dilaksanakan dengan baik. Betul tak?

 

S3. Apakah isteri, anak-anak, rakan-rakan sepejabat diberi peringatan tentang hampirnya Ramadhan dan sama-sama bersedia menghampirinya?

ย J: Ramadhan bulan keberkatan. Bulan untuk semua umatnya berkumpul dan menunaikan ibadah. Sebagai hambaNya, kita perlu bersedia menerima kehadirannya dengan penuh rasa kesyukuran. Kita perlu siap untuk mempelajari apa erti puasa menurut pandangan syarak, fahami dan hayati bacaan Al Quran sebaiknya, mengetahui perkara-perkara yang dilarang ketika di bulan puasa serta meletakkan keikhlasan dalam setiap ibadah yang telah dilakukan. Rasulullah saw telah menyatakan isyarat kepada para Sahabat baginda supaya membaca doa khas sebelum berakhirnya bulan Rejab dan Syaaban iaitu;

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Sebagai kesimpulannya, NA menyeru agar kita semua dapat perbetulkan segala persepsi diri terhadap bulan Ramadhan. Lihatlah dari sudut positif, Ramadhan adalah satu bulan yang menambahkan lagi ibadah dan pahala kita kepada Allah swt dan bukan hanya tempat memperhebatkan dagangan juadah berbuka atau tempat mempromosikan pakaian untuk menunggu tibanya Syawal kelak. Sebaliknya, Ramadhan perlulah disiapkan denga tanamkan sifat-sifat mahmudah dan sentiasa berusaha meningkatkan amalan ibadah kita kepadaNYA.

Jadikan Ramadhan kali ini adalah yang paling baik berbanding sebelumnya. InsayAllah…

ย rrr

Salam Ramadhan al Mubarak… ๐Ÿ˜‰

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s