Motivasi

Wahai kaum Hawa yang berpurdah, jagalah akhlakmu…


Bismillah,

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang NA kasihi. Semoga korang sentiasa berada dalam perlindunganย  Allah swt dan diberikan kesabaran serta kekuatan untuk menghadapi kehidupan sehari-harian yang pelbagai cabaran ini. Apa pun, sentiasa positif dan tenang dalam menghadapinya. ๐Ÿ˜‰

Ape yang korang tau mengenai purdah? Eh, best sangat ke purdah tu? tak lemas ke bertutup-tutup bagai??? hurm, dah macam-macam persoalan bersarang dah dalam fikiran masing-masing kannn…

 

Sebelum mulakan topik ni, mari kita renungkan sejenak hadis ni dulu yer…

mmm

Google Image

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”ย  =Riwayat Hassan Al Basri=

 

kkk

Google Image

ย 

Daripada Hassan Al Basri dalam hadisnya, beliau menyatakan;

 

Bahawasanya tidak ada satu pun daripada umat baginda SAW yang sempurna termasuklah aku. Dan, tidak ada juga yang tidak pernah melakukan kesilapan. Sesungguhnya, aku bukanlah terlalu sempurna tetapi hanya makhluk seperti kalian juga yang diciptakan oleh Allah SWT untuk beribadat kepadaNya. Jika ada di kalangan kamu yang merasakan dirinya itu sempurna serta dapat menyampaikan ceramah di surau-surau atau masjid-masjid berdekatan kawasan kamu tinggal, maka bilangan ustaz atau ustazah yang akan menyampaikan dakwahnya sebagai peringatan akan semakin berkurangan… Wallahua’lam

 

Berkaitan maksud hadis dan istilah berpurdah ini menjelaskan bahawa untuk melakukan perubahan pada diri mengambil masa yang agak lama. Bukan sehari dua tetapi memerlukan lebih pendekatan yang terperinci. Manusia ni tidak ada yang sempurna dan juga tidak ada yang tak pernah membuat kesilapan. Sebab itu, orang yang dah bersedia memakai purdah (niqab) adalah orang yang dah bersedia fizikal dan mental. Malahan, orang itu MESTI menjaga tutur kata serta tingkah lakunya.

Sebenarnya, berpurdah itu memang bagus tetapi ianya bukanlah diWAJIBkan. Cukuplah dengan berjilbab dan menutupi paras dada agar tidak terdedah di khalayak ramai itu dah dikira baik. Apa yang kita kena tahu sekarang ni, sebelum nak berpurdah tu terutamanya kaum Hawa di luar sana, pastikan dulu korang dah cukup berubah that means bukan hanya pada luaran semata-mata tetapi perubahan di sini lebih kepada dalaman. Kalau berpurdah hanya kerana nak tutup aurat saja, tapi perangai tak berubah, bimbang munafik jadinya.

NA sendiri pun bukanlah sempurna sangat, hanya cuba menjadi yang terbaik.

Satu lagi, untuk berpurdah ni juga haruslah kena istiqomah diri kita dulu dengan Allah SWT sebabnya Dia sahajalah yang memegang hati setiap hambaNya. Kalau Dia tak berikan kita hidayah sepenuhnya untuk berpurdah, tak boleh juga kan. Kesimpulannya, berpurdah ini hanya kepada hamba-hambaNya yang benar-benar bersedia untuk berubah dan yang hanya memikirkan untuk melakukan perkara kebaikan (mahmudah) dan menjauhi keburukan(mazmumah).

 

Firman Allah SWT dalam surah An-Nur : 31 menjelaskan seperti berikut;

 

 

10154182_1482009978694567_1157781771_n

ย 

ย 

Semoga kita semua mendapat serba-sikit ilmu berkaitan hal berpurdah ni. Yang mana ada tersalah ayat, NA mohon maaf dan sesungguhnya segala yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk serta lemah dari NA sendiri. Bersama-sama kita memperluaskan ilmu agama agar kita tidak mudah diperdayakan oleh orang-orang yang ingin menghancurkan kita kelak. Yang penting, niat baik pasti pertolongan Allah SWT itu ada. Tidak lupa juga, sentiasalah berselawat ke atas baginda SAW dan semoga kita semua mendapat syafaat darinya. InsayAllah ๐Ÿ™‚

 

Salam sayang…

Advertisements

1 thought on “Wahai kaum Hawa yang berpurdah, jagalah akhlakmu…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s