Kisah penulis

Tragedi MH370 memberikan kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat…


Bismillah,

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera… ^___^

 

MH370

 

Oleh kerana misteri kehilangan pesawat MH370 ini sudah menjadi isu dunia, NA nak kongsikan sedikit kata-kata semangat kepadaย  seluruh rakyat Malaysia dan di luar negara. NA pun amat sedih sebenarnya dan setiap kali solat, tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat penumpang dan krew anak kapal dan mengharap semoga ada keajaiban yang tiba dari Allah swt.

 

Sebagai umat Islam khususnya, haruslah percaya bahawa ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki itu adalah datang darinya Allah swt kan. Jadi, sebagai seorang muslim yang percaya pada Qada dan Qadar Allah, kena perlu bersedia mental dan fizikal dan sentiasa tenang dan sabar menghadapi ujianNYA. Ya, NA tahu memang sedih sangat bila kehilangan orang yang kita sayang walaupun tragedi ni tak ada kaitan dengan mana-mana ahli keluarga NA setakat ni, NA turut rasa sedih dan simpati atas apa yang berlaku ni. Boleh nak menangis, bukan tak boleh. Tapi, dalam masa yang sama, perlu kuatkan hati dan cuba ikhlaskan segala yang berlaku ni. Percayalah, Allah swt itu tahu setiap apa yang terjadi. Cuma perlu berdoa, berdoa dan teruskan berdoa tanpa pernah mengenal erti putus asa.

 

Sebenarnya, orang yang diuji itu bukan sebab Allah swt murka tetapi sebaliknya Allah swt semakin sayang dan bertambah sayang serta dikuatkan keimanan setiap hambaNya itu. Allah swt sangat merindui untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya. Sebab itulah, Dia turunkan ujian dan bukan untuk menganiaya tapi sebab untuk mendidik kita supaya sabar dan kuat semangat.

 

Cuba renungkan sejenak;

Kalau kita minta pada manusia berulang-ulang kal, sudah tentu manusia akan marah kan, “ko ni tak faham bahasa Melayu ke, aku cakap takde, takdelah.” , “ko ni aku pon susah, camne nak tolong ko.” dan macam-macam ayat yang keluar kan. Percaya tak? Mesti ada yang pernah alami situasi macam ni kan.

Sebaliknya, kalau kita minta pada Allah swt, berdoa, merayu, meminta sampai menangis-nangis, merintih dan sebagainya, Allah swt tak pernah marah pon walaupun orang tu dulunya hidup terumbang-ambing, tak solat, tak puasa, tapi kalau dia bertaubat dan doa banyak-banyak pasti akan dipermudahkan. Pertolongan Allah swt itu pasti datang buat hamba-hambaNya yang sabar dan ikhlas berdoa.

Baiklah, di bawah ni NA sediakan cara mengawal tekanan agar kita semua dapat menjadi tenang dan boleh menerima secara baik apa yang terjadi okayyy ๐Ÿ™‚

Cara mengurus tekanan (stress):

1)ย  Tarik nafas dalam-dalam serta hembuskannya;

2) Alihkan diri dari terlalu banyak berfikir dan jangan mendengar sebarang khabar angin yang hanya boleh

ย ย ย ย  menambahkan tekanan lagi;

3) Fokus pada perkara yang positif dan media-media yang boleh dipercayai;

4) Carilah kaunselor atau doktor pakar motivasi untuk mendengar dan membantu masalah anda;

5)ย  Sentiasa dekatkan diri dengan Allah swt seperti bersolat sunat dan berdoa dengan sepenuh hati (untuk yang beragama Islam). Pada yang beragama lain, buatlah upacara keagamaan masing-masing;

6) Akhir sekali, sabar dan ikhlaskan diri. Hati yang ikhlas, jiwa pun tenang.

p/s: NA doakan segala persoalan ni berakhir dengan baik. Hidup atau mati sekalipun, NA harap kita semua termasuk keluarga yang terlibat akan menerima dengan positif dan tenang. Sebagai manusia biasa, kita hanya perlu berdoa sahaja agar didatangkan keajaiban kelak. InsayAllah ๐Ÿ˜‰

Salam sayang, NA

 

Advertisements

1 thought on “Tragedi MH370 memberikan kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s