Kisah penulis

Kisah hati NA…


Bismillah,

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Today, NA just nak throwback semula tentang sejarah bermulanya minat untuk menulis ni. Apa yang membuatkan NA terfikir untuk menulis ni sebenarnya sejak dari zaman study lagi di universiti.ย  Masa tu, NA rasa sunyi sangat. Nak luah perasaanlah katakan. heheee ๐Ÿ˜€

 

Sebelum tu, NA pernah ada sebuah diari masa zaman sekolah between form 4 dan form 5. Yela, masa tu sekolah lagi kan dan NA pon tak berapa nak meluas sangat pasal dunia blogging ni atau lebih biasa dikenali sebagai diari digital yang semakin popular sekarang. Apa yang NA pendam, semuanya ditulis dan disimpan dalam diari keramat ni. Nak dijadikan cerita, NA terjumpa semula diari niย  setelah 4 tahun tamat pengajian. Rasa suka ada, sedih ada dan 1001 macam lagilah perasaan yang bersarang dalam hati ni. Yela, diari kesayangan kan. Mulalah NA start baca semula. Nak tergelak sorang diri pon ada, nak nangis pon ada dan macam-macam lagilah. Lawak sebab tengok tulisan sendiri yang kejap kecik, kejap besar. hahahaaa ^___^

 

diary keramat
Diary Keramat

 

Ha, inilah diary keramat yang NA cakap tadi. Apa pon, NA akan ingat diary ni sentiasa even dah ada blog sendiri ni yang dapat memuatkan apa sahaja yang NA tulis dan kongsikan pada korang semua. NA sangat suka menulis dan blog pertama NA iaitu dari link biasa blogspot beginning year 2012.

Permulaan blog ni sebab NA ni orangnya sangat pemalu dan susah sangat nak share the problem dengan orang lain. NA rasa selesa dengan medium blog ni. Sebabnya, tak kiralah sedih ke, gembira ke, semuanya boleh ditulis terus guna blog. Apa yang penting, NA selalu pesan dan ingatkan pada diri sendiri, bila nak mula menulis mestilah tenangkan fikiran dulu even banyak masalah melanda masa tu. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba cool down dulu. Biasanya, NA tak kira waktu untuk menulis sebabnya kadang-kadang idea ni datang tak mengira tempat. Kadang-kadang, borak dengan kawan-kawan pon, boleh dapat poin sikit. Fyi, NA akan menulis hanya mengikut gerak hati NA sendiri dan apa yang NA rasai dengan seikhlas hati. Semuanya itu adalah daripada perjalanan NA sendiri dan bukannya ditentukan oleh sesiapa.

NA jadi terfikir kejap. Sampai bila NA nak teruskan menulis blog ni. Sekarang, boleh lagilah nak menulis. Entah esok lusa dan masa akan datang, NA keje pastu kawin, dah susah nak menulis kan. Yela, dah sibuk dengan tugasan hakiki kan. Mana boleh elak semua tu. Semua orang pon akan melalui perkara yang sama macam NA kelak. But, don’t worry, NA akan selalu menulis dan dekatkan diri dengan korang semua. Sebabnya, NA dan blog kan dah macam best fren forever. Mana boleh tinggal. Tugasan hakiki tetap akan buat tapi dalam masa yang sama nanti, blogging takkan dilupakan.

NA akan dekat diri korang semua even di alam maya ni. Bukan cuba tapi mesti. Apa pon, mana tau lepas ni kalau jumpa di luar tu, yang mana kenal dengan NA, tegur jer. NA akan balas teguran korang. Jangan malu-malu yer ๐Ÿ˜‰

Baiklah, NA rasa sampai sini dulu entry kita. NA akan cuba bawakan lebih informasi dan topik-topik terkini untuk korang. NA bukan malaikat untuk mengubah korang tapi NA cuba menulis untuk sampaikan apa yang NA rasa sendiri dalam perjalanan hidup NA ni dan NA harap kalau NA ada silap mana-mana dekat entry-entry yang sebelumnya, NA mohon maaf yer. Dan, buat kawan-kawan NA zaman-zaman sekolah, kolej dan universiti tu, ada masa kita buatlah reunion yer. Kepada rakan yang dah berkahwin tu, selamat pengantin baru NA ucapkan dan semoga berbahagia kekal ke Jannah. Akhir kata, selamat maju jaya semua pembaca.

Salam sayang, NA

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s