Motivasi

Aku bukan Maryam…


Bismillah,

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap korang berada dalam keadaan sihat selalu.^_^

 

myselfDari Masjid Putrajaya, Selangor

 

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi pencarian yang telah masuk ke 26 buah negara ini. Sesungguhnya, setiap ujian yang diturunkan oleh Allah swt itu ada hikmahnya. Dan, kita harus sedar bahawa Tuhan tak akan berikan ujian melebihi kemampuan hamba-hambaNya. Jadi, marilah kita semua berbalik kepada diri kita yang dulu.

Cuba fikir balik di mana kesilapan yang pernah kita buat? Kalau boleh, sebelum nak tidur, buat monolog dengan diri anda sendiri. InsayAllah, apa jua yang korang cakap, akan diulang-ulang semasa tidur. Sebabnya, waktu malamlah yang paling sesuai untuk kita muhasabah diri sebentar kerana waktu malam sangat sunyi dan jauh dari kebisingan.

Sebenarnya, makin banyak ujian yang Allah swt berikan itu, tak bermakna Allah murka malahan bertambah-tambah kasih dan sayang kepada setiap hambaNya yang sedang diuji. Memang sedih bila sesuatu kejadian menimpa kita, tapi tak perlulah sampai nak meratapi kesedihan. Cukuplah dengan tangisan yang sederhana dan biasa sahaja.

 

——————————————————————————————————————————————-

“Tidak ada insan sempurna yang tidak melakukan kesilapan. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa depan…”ย  (Setia Hujung Nyawa)

 

Baiklah, cuba korang ambil 1-2 minit, pejam mata dan bayangkan segala kelakuan yang pernah korang buat dulu. Cuba fikir balik;

  • Apa kesilapan aku dulu?
  • Adakah Tuhan masih lagi mahu menerimaku sebagai hambaNya?
  • Kenapa semakin banyak musibah yang terjadi?
  • Adakah kiamat semakin menghampiri?

 

Tenangkan diri. Fikir semula mengenai kejadian yang semakin bertimpa-timpa ke arah kita selama ni. Apakah ini semua petunjuk dari Allah swt supaya hamba-hambaNya balik ke pangkal jalan, kembali bertaubat dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang.

NA pon manusia biasa yang lemah, dan buat kesilapan juga. Kita semua ni sama saja, tak ada bezanya. Sebab tu, tak perlu nak menuding jari kepada sesiapa serta nak aibkan mana-mana pihak. Jadi orang yang berfikiran rasional, dengar kedua belah pihak dan kalau betul mereka salah, tak perlu nak serbu ramai-ramai. Sebab, nampak di situ tindakan yang kurang matang dan kurang professional. Contohnya, si A telah buat salah dan tak besar sangat pun salah dia. Tapi, si B telah meluaskan isu kesalahannya kepada umum. Secara tak langsung, semua pahala si B mengalir terus ke A. Wallahua’lam. Kalau NA salah, tolong betulkan di ruangan komen yang disediakan dibawah yer ๐Ÿ™‚

Dari situasi tadi, kita sendiri boleh nilai, betapa besarnya dosa mengaibkan orang ni. Ibarat pepatah “Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu kan.” Boleh jadi dosa kalau orang tu tak redha.

Sekian dulu entry kali ni. Yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk dari NA sendiri. Sesungguhnya, setiap yang hidup pasti merasai mati. Yang pasti sekarang, sentiasa berdoa dan mengharap sesuatu keajaiban muncul buat pesawat MH370. Semoga keluarga penumpang dan krew sentiasa kuat dan tenang hadapi sebarang kemungkinan.

 

Selamat beramal semua!

Salam sayang, NA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s